`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 8, 2022

Hadi ada kelebihan, pernah jadi ketua pembangkang, PAS jawab penganalisis

 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah menjadi ketua pembangkang pada 2002 hingga 2004, menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Zuhdi Marzuki.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menolak pandangan penganalisis politik kononnya Presiden Abdul Hadi Awang tidak sesuai diangkat sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat atas alasan tidak mempunyai “kepintaran”.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Zuhdi Marzuki berkata, Hadi mempunyai kelebihan dan pengalaman politik malah Ahli Parlimen Marang itu pernah menjadi ketua pembangkang pada 2002 hingga 2004.

Zuhdi bagaimanapun berkata, soal siapa ketua pembangkang akan diputuskan pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN); sama ada Hadi atau Muhyiddin Yassin kedua-duanya berkelayakan dan mempunyai pengalaman politik menjadi ketua kerajaan.

“Muhyiddin pernah jadi perdana menteri dan Hadi pernah jadi menteri besar. Jadi tidak berbangkit siapa lebih layak,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, berdasarkan amalan lazim, ketua gabungan akan dipilih sebagai ketua pembangkang.

Namun, katanya, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob juga pernah dilantik sebagai ketua pembangkang sedangkan beliau bukan pengerusi BN ketika itu.

“Jadi saya yakin PN boleh selesaikan perkara ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, soal siapa ketua pembangkang daripada PN di Dewan Rakyat sudah diputuskan dalam mesyuarat gabungan berkenaan beberapa hari lepas dan ia tidak lagi berbangkit.

Turut memaklumkan perkara sama, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin yang memaklumkan pengumuman mengenai siapa ketua pembangkang akan dibuat apabila tiba waktu sesuai.

Terdahulu, penganalisis politik berkata, Muhyiddin yang juga pengerusi PN lebih sesuai menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat berbanding Hadi.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Hadi tidak mempunyai “kepintaran” untuk menjadi ketua pembangkang.

Sementara itu, James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, beliau meragui kemampuan Hadi menjadi ketua pembangkang disebabkan masalah kesihatannya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.