`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 12, 2022

Hapuskan rasuah dalam badan sukan, kata Adam Adli

 

Adam Adli dalam sidang media pertamanya selepas secara rasmi melaporkan diri di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Amalan rasuah dalam badan sukan di negara ini mesti ditangani bagi memastikan atlet dapat meningkatkan potensi sebenar mereka, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli.

Katanya, tindakan mesti diambil untuk memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat masalah korupsi selain menentukan sektor itu tidak dianaktirikan selepas ini, lapor Bernama.

“Saya yakin pengamal media yang membuat liputan tentang sukan tahu sangat masalah ini … ia masalah dalaman sebenarnya sebab saya percaya ia bukan tentang prestasi atlet.

“Kita ada ramai atlet bertaraf dunia yang berjaya bawa emas untuk negara di kejohanan antarabangsa, tetapi selalunya bila kita meneliti secara mendalam, ia berkaitan isu korupsi, jadi kita perlu menguruskan isu ini,” katanya yang dipetik dalam sidang media pertama selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai isu rasuah dalam badan sukan negara itu.

Ketika ditanya mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh persatuan-persatuan sukan ketika ini, Adam berkata segala perkara itu akan diteliti dengan sebaiknya.

“Kita kini dalam proses transisi. Dasar keseluruhan kerajaan pada masa sekarang ialah memperbaiki yang lama dan pastikan ke hadapan nanti tiada kerosakan yang berlaku,” katanya.

Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya merangkap ketua Angkatan Muda Keadilan merupakan antara 27 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Sabtu lepas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.