`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 1, 2022

Harga minyak masak botol kekal

 

Harga sebotol minyak masak 3kg kekal RM19.60, RM13.30 untuk 2kg dan RM6.90 untuk 1kg.

PETALING JAYA: Walaupun harga minyak sawit mentah meningkat pada November, harga siling minyak masak botol kekal untuk Disember.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Mohd Yusof, berkata minyak masak botol bagi 1kg kekal pada harga RM6.90 dari 8 Dis hingga 7 Jan.

Harga untuk minyak masak botol 3kg kekal RM19.60 dan 5kg pada harga RM30.90.

“Penetapan harga ini adalah hasil kerjasama pihak industri minyak masak, yang bersetuju untuk mengekalkan harga maksimum Disember sama dengan bulan lalu.

“Harga dikekalkan walaupun harga purata minyak masak mentah sepanjang November mencatatkan peningkatan berbanding bulan sebelumnya (Oktober),” katanya dalam kenyataan.

Azman berkata, pihak yang didapati menjual melebihi harga maksimum ditetapkan, boleh dikenakan tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Sabit kesalahan bagi individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.