`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 27, 2022

Kaji tambah baik Sosma, bukan hapus, kata bekas KPN

 

Bekas ketua polis negara, Musa Hassan, menegaskan Sosma tidak boleh dihapuskan, namun boleh ditambah baik peruntukannya.

KUALA LUMPUR: Bekas ketua polis negara, Musa Hassan mahu kerajaan mengkaji untuk menambah baik peruntukan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma sedia ada, bukan untuk menghapuskan akta itu.

“Sosma tak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kalau ISA, mereka ditahan 60 hari tanpa bicara mahkamah. Berbeza dengan Sosma yang memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang selama 28 hari bagi menjalankan siasatan.

“Individu tersebut akan dibebaskan kemudian sekiranya tiada pertuduhan mahkamah daripada polis. Jadi, saya menganggap Sosma perlu dikekalkan, ‘review’ (semakan) untuk baiki semula, bukan untuk hapuskan,” katanya selepas Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di Dewan Al-Mukhlisin,Alam Damai.

BERITA LANJUT MENYUSUL - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.