PETALING JAYA: Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menafikan mesej tular berhubung pemberian Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) berjumlah RM900 yang disyaki palsu.
PRP berkata bantuan itu kononnya akan dikreditkan kepada orang ramai bermula semalam menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Katanya, mesej tular itu dikenal pasti turut menggunakan modus operandi sama dengan mesej yang dikesan palsu sebelum ini.
“Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan melengkapkan butiran peribadi di pautan berkenaan,” menurut kenyataan itu di Facebook.
Orang ramai disaran agar tidak mudah terpedaya serta menyebar maklumat yang tidak pasti sebaliknya sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.