`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 12, 2022

Part 1 : Monopoli Tak Akan Hilang Di Tanah Melayu Selagi Pemimpin Melayu Tamak Duit

 


Percayalah monopoli tidak akan dihapuskan oleh pemimpin politik dalam negara ini. Ada dua sebabnya kenapa begitu. First syarikat monopoli itu serupa ATM untuk cucuk duit. Secondly sebab dalam negara kita tidak ada Political Funding laws atau akta yang mengawal atau sekat 'sumbangan dana' kepada parti politik.

Sewaktu kes 1MDB kita telah mendengar bicara secara terbuka dan tanpa segan  oleh perasuah dan penipu bahawa duit berbilion yang mereka curi adalah 'derma daripada Pak Arab' kepada parti politik mereka.  

Sebabnya (atau malangnya) negara kita masih tidak mempunyai akta untuk mengawal sumbangan dana kepada parti politik (seperti Singapura contohnya) oleh itu mereka pun cuba membohongi bahawa duit berbillion Ringgit atau duit RM90 juta adalah sumbangan dana politik. Pak Lebai yang menerima sumbangan duit RM90 Juta tidak rasa  malu sedikit pun bahawa duit RM90 Juta itu sebenarnya adalah duit rakyat yang telah dicuri oleh pemimpin perasuah. They dont care. Yang dia nampak adalah duit dalam tangan dia.

Begitu juga jika syarikat yang diberi lesen monopoli dan oligopoli (dalam apa jenis bisnes atau projek pun) termasuk impot gula, tepung, beras, jalan tol, jana letrik IPP, perbankan (oligopoli), weighing machine calibration, mobile telephone (oligopoli), minyak dan gas, impot kereta, satellite TV dan banyak lagi maka syarikat monopoli dan oligopoli ini akan menjadi sasaran parti politik untuk sumbangan dana politik.

Ini bukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang sebab memang kita tidak mempunyai undang-undang yang mengharamkan atau mengawal sumbangan dana politik kepada parti politik.

Jadi kalau pemimpin politik (yang pegang kuasa) dan syarikat monopoli boleh mempersetujui perjanjian 'satu untuk kau dua untuk aku, dua untuk kau satu untuk aku' maka itu adalah bukan salah dari sisi undang-undang. Because there are no laws in Malaysia curtailing or governing political funding. 

(Walaupun yang terhimpit dan terpijak-pijak antara gajah yang berlaga itu adalah tuan-tuan rakyat negara yang setia dan dungu. But that is a minor detail. Duit dan harta tuan-tuan yang dicuri? Its ok. Itu perkara remeh saja. Biar gajah berlaga. Tugas kancil ialah untuk mati dipijak-pijak oleh gajah.)

Ada omputih kata 'religion was born the day a fool met a conman'. Begitu juga 'a monopoly was born the day a politician met a businessman'.

Engkau bagi aku lesen monopoli aku bagi kau duit. Semuanya legal.  It is NOT illegal in Malaysia. You scratch my back I scratch your back.

So kita tunggu dan lihat lah. Hari ini sudah 19 hari sejak arus menukar aliran dari hilir ke hulu. Semua syarikat monopoli dan oligopoli yang diberi lesen daripada zaman Mahazalim dan Mahafiraun dulu masih kekal.  No change. (Habis kenapa kutuk depa sebagai Mahazalim dan Mahafiraun dulu?)

To close, apakah tugas si kancil? What is the role of the kancil. The role of the kancil adalah untuk dipijak-pijak kepalanya, untuk dikencing oleh gajah-gajah gergasi. 

 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.