`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, December 7, 2022

Pemimpin parti nafi khabar angin perubahan dalam kerajaan Sabah

 

Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terlibat dalam sebarang plot dan khabar angin itu hanyalah satu provokasi. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Pemimpin Warisan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan mereka berpakat menjatuhkan kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memihak kepada gabungan diwakili parti politik tempatan.

Terdahulu semalam, satu mesej WhatsApp tular mendakwa Presiden Warisan Shafie Apdal akan dilantik sebagai ketua menteri yang baharu berikutan terdapat komplot untuk menjatuhkan Hajiji Noor.

Empat parti yang dikatakan terbabit ialah Warisan, PBS, STAR dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), yang secara kolektif digelar Blok Sabah.

Seorang pengguna Facebook “Tu Lah Tu” kemudian menyiarkan naratif yang lebih panjang di mana beliau menamakan Shafie, Presiden STAR Jeffrey Kitingan dan Pengerusi Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin sebagai parti utama dalam apa yang dipanggil “Langkah Bukit Merah” bagi menjatuhkan kerajaan GRS- BN.

Bagaimanapun, khabar angin berkenaan segera dinafikan pemimpin parti politik yang dinamakan, dengan Kitingan memberitahu FMT bahawa khabar angin itu tidak benar.

“Semua khabar angin untuk menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Hajiji melalui gabungan Warisan, PBS, STAR dan Upko tidak lebih daripada provokasi,” katanya dalam mesej ringkas.

“Saya hanya tertanya-tanya siapa yang bermain (permainan ini) dan apakah motif mereka, kerana saya pastinya bukan sebahagian daripada permainan ini yang dimainkan oleh individu-individu ini – jika ia benar sama sekali.”

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking turut menolak khabar angin itu, mengatakan ia adalah “hasil imaginasi orang ramai” di media sosial.

“Tiada perkara seperti itu. Bagaimana mereka boleh berfikir seperti itu di luar pengetahuan saya,” katanya.

Naib Presiden PBS Arthur Sen berkata ini bukan kali pertama naratif sebegitu tular di media sosial, sambil menambah beliau percaya ia dilakukan oleh pihak tertentu dengan harapan menggugat kestabilan kerajaan GRS-BN.

“Khabar angin ini timbul kerana terdesak. Mereka tidak menghiraukan rakyat yang memberi mandat kepada GRS dan BN untuk mentadbir Sabah pada pilihan raya negeri lalu.

“Saya percaya ia juga merupakan strategi pengekalan kerana ada khabar angin mengatakan beberapa Adun mereka bercadang untuk bertukar pihak kepada GRS atau BN tidak lama lagi.

“Memberitahu mereka bahawa presiden mereka akan menjadi ketua menteri boleh menawarkan mereka insentif untuk kekal,” katanya.

Reaksi warganet juga berbeza-beza dengan ada yang mahu parti tempatan Sabah bersatu seperti di Sarawak manakala yang lain menyindir ahli politik yang asyik berpolitik hingga mengabaikan isu yang menjejaskan kehidupan seharian rakyat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.