`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 4, 2022

Penganggur ditahan, dadah lebih RM600,000 dihantar guna kurier dirampas

 

Polis berkata, penganggur yang mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah itu ditahan di depan sebuah rumah teres di Sibu dan direman sehingga 7 Dis ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki di Sibu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM643,157 yang dihantar dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak melalui perkhidmatan kurier.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohamad Azman Ahmad Sapri berkata, dadah yang dirampas di sebuah pangsapuri di Lorong Sena di Sibu itu boleh digunakan 50,423 orang atau 50,423 kali penggunaan.

“Dadah yang dirampas itu terdiri daripada syabu, ketamin, erimin 5, serbuk jus ekstasi, pil ekstasi dan magic mushroom (psilosibin),” katanya dipetik Bernama dalam sidang media di IPD Sibu hari ini.

Beliau berkata, aktiviti pengedaran itu didalangi sindiket bergiat aktif di sekitar Sibu, Kuching, Bintulu dan Miri, dengan bekalan diperolehi daripada pengedar di Semenanjung Malaysia.

Katanya, penganggur berusia 29 tahun itu ditahan di depan sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Bunga Raya dan direman sehingga 7 Dis ini untuk siasatan lanjut.

Azman berkata, suspek mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah serta pernah dipenjarakan dan diletak bawah pengawasan pada 2018.

Katanya, warga tempatan itu terbabit dalam kegiatan berkenaan sejak dua bulan lalu dengan upah RM1,000 seminggu sebagai runner sindiket terbabit dan polis sedang mengesan ketua sindiket dalam lingkungan 40-an yang masih bebas.

“Suspek menjadikan sebuah pangsapuri sebagai stor penyimpanan dadah dan tempat pembungkusan semula dadah kepada paket-paket lebih kecil.

“Setelah menerima arahan ketuanya, suspek akan meletakkan dadah itu di tepi jalan sekitar Sibu dan memaklumkan ketuanya, yang seterusnya menyuruh pelanggan mengambil dadah tersebut.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.