`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 19, 2022

Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew bersambung esok

 

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim pada 18 Feb lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 41 tahun di Tenom.

KOTA KINABALU: Perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah terkenal Ebit Lew akan bersambung mulai esok hingga 22 Dis ini di Mahkamah Majistret Tenom.

Setakat ini, seramai tiga orang saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong telah dipanggil pihak pendakwaan untuk memberi keterangan mereka di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Ketiga-tiga mereka hadir ke mahkamah dalam perbicaraan yang berlangsung selama empat hari iaitu pada 27 hingga 30 Sep lalu.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim pada 18 Feb lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 41 tahun di Tenom dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Nur Asyraf sebelum ini mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan terhadap Ebit yang tidak mengaku salah atas kesemua pertuduhan berkenaan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.