`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 20, 2022

Saya lihat gambar, mesej lucah kiriman Ebit Lew, kata saksi

 

Pendakwah terkenal Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Firdaus Wong memberitahu mahkamah dalam perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew hari ini bahawa beliau ada melihat beberapa mesej dan gambar lucah di telefon seorang wanita yang mendakwa dikirim oleh pendakwah terkenal itu.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah, Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, berkata beliau bertemu “pengadu” dan suaminya selepas mereka membuat laporan polis terhadap Ebit Lew pada 7 Ogos 2021.

Katanya, dalam pertemuan itu beliau melihat sendiri semua mesej dan gambar daripada aplikasi WhatsApp di telefon bimbit wanita berkenaan, lapor Harian Metro.

“Antara pesanan adalah satu mesej suara daripada Ebit Lew kepada ‘pengadu’ yang berbunyi ‘tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit,” katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria.

Saksi itu turut memberitahu melihat gambar kemaluan lelaki yang dihantar menerusi antara “pengadu” dan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37.

“Saya juga melihat gambar kemaluan lelaki di dalam perbualan antara ‘pengadu’ dan Ebit Lew,” katanya di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Firdaus yang juga pengasas dan presiden badan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM) memberitahu, Ebit juga pernah mengirim pesanan menerusi WhatsApp kepada pengadu agar pengadu meminta diceraikan suami.

“Terdapat juga pesanan bertulis menerusi WhatsApp yang berbunyi ‘minta husband you ceraikan you, I bayar you’,” katanya.

Pada 18 Feb lalu, pendakwah itu didakwa atas 11 pertuduhan, termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Tertuduh antara lain didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Ebit sebelum ini dikenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pendakwah itu berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ebit diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.