`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 3, 2022

Terajui KDN, Saifuddin akan minta ‘tips’ daripada Hamzah

 

Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun gaya kepimpinannya dengan Hamzah Zainudin berbeza, prinsip dan asas pentadbirannya tetap sama. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail yang akan menerajui Kementerian Dalam Negeri berkata, beliau akan mendapatkan tips atau panduan daripada penyandang terdahulu jawatan itu, Hamzah Zainudin untuk melaksanakan tugasnya.

Saifuddin berkata, beliau menghormati Hamzah selaku bekas menteri dalam negeri selain mempunyai hubungan baik dengannya sejak puluhan tahun dahulu.

Katanya, ketika dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna pada 2018, beliau juga banyak belajar daripada Hamzah yang menerajui kementerian itu pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya juga banyak belajar daripada beliau dari segi memahami tugas-tugas hakiki kementerian itu dan memahami cabaran-cabarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di bangunan Parlimen pagi tadi.

Saifuddin berkata, walaupun gaya kepimpinannya dengan Hamzah berbeza, prinsip dan asas pentadbirannya tetap sama.

Ditanya mengenai keutamaan dalam memegang portfolio kementerian itu, Saifuddin berkata, beliau akan melihat seluruh aspek berkaitan setiap agensi di bawah kementerian itu.

“Antaranya kita akan melihat aspek, misalnya Jabatan Penjara Malaysia mengenai isu kesesakan (banduan) serta perjawatan kepada pegawai (semua agensi bawah KDN).

“Pasukan Rela pula, (dari) aspek keberadaan, kesiapsiagaan itu (sudah) bagus, tetapi logistik, sokongan dan suasana tempat kerja itu perlu penambahbaikan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.