`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 1, 2023

GLC bukan ‘ATM’ bayar gaji penyokong parti, Bersih ingatkan Muhyiddin

 

Thomas Fann mempersoalkan kenyataan Muhyiddin Yassin yang Perikatan Nasional telah selesai agih jawatan termasuk dalam GLC jika menang PRN.

PETALING JAYA: Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan “mesin pengeluaran wang (ATM)” bagi membayar gaji penyokong setianya.

Pengerusinya Thomas Fann berkata kenyataan Muhyiddin bahawa komponennya telah selesai mengagihkan jawatan termasuk sebagai ketua GLC jika menang PRN disifatkan sebagai penghinaan kepada urus tadbir baik serta penyalahgunaan kuasa.

“GLC ialah syarikat yang wujud untuk melindungi dan mengembangkan kekayaan awam, bukan (mesin) ATM parti meletakkan penyokong setia parti dalam senarai (penerima) gaji awam.

“Kami tertanya-tanya sama ada ia satu bentuk pembelian untuk mendapatkan sokongan kumpulan tertentu,” katanya kepada FMT.

Pada Mac, Fann turut membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang meneruskan amalan melantik pemimpin politik untuk mengetuai GLC di sebalik desakan Presiden PKR itu bagi melaksanakan reformasi sejak dua dekad lalu.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki (pengerusi Mara) dan Ahli Parlimen Balik Pulau Bakhtiar Wan Chik daripada PKR (pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd) antara pemimpin politik mengetuai GLC.

Rabu lalu, FMT melaporkan kenyataan Muhyiddin yang PN telah sedia membentuk kerajaan di enam negeri dan telah menyelesaikan agihan jawatan termasuk ketua GLC jika menang PRN akan datang.

Muhyiddin berkata PN tidak bimbang dengan kritikan terhadap pelantikan ahli politik untuk mengetuai GLC dengan menegaskan “perkara sama” turut dibuat kerajaan perpaduan.

Fann berkata tiada wakil rakyat patut dilantik mengetuai GLC kerana tugas utama mereka kepada pengundi dan menjadi penggubal undang-undang.

Menjelang PRN, beliau turut mengingatkan pengundi supaya bijak memilih calon atau parti komited dengan reformasi institusi untuk menghapuskan rasuah.

PRN akan diadakan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.