`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 3, 2024

16 sindiket edar dadah di Johor tumpas, rampasan RM35 juta

 

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya banyak memberikan tumpuan di kawasan hotspot bagi Op Tapis sepanjang tahun lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis Johor menumpaskan 16 sindiket pengedaran dadah di seluruh negeri itu dengan 98 tangkapan sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya turut merampas 5.08 tan metrik dadah dengan nilai RM35.83 juta dan menyita pelbagai aset sindiket bernilai RM16.6 juta.

“Kejayaan ini sekali gus mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang ditetapkan dalam memerangi dadah.

“Seramai 16,598 individu ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan dadah di negeri ini dan ia merupakan pencapaian ketiga tertinggi di Malaysia.

“Sementara kes penagih berulang pula seramai 615 orang berjaya ditahan. Bagi Tindakan Langkah-Langkah Pencagahan Khas (LLPK) pula seramai 127 orang ditahan dan daripada jumlah itu 124 orang telah berjaya dikenakan perintah tahanan/sekatan/pengawasan,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, bagi kadar pertuduhan kes, sebanyak 5,728 kes telah berjaya dituduh manakala kadar penyelesaian kes pula sebanyak 12,947 kes.

Katanya, polis banyak memberikan tumpuan di “kawasan panas” seperti jeti nelayan, projek perumahan rakyat (PPR) dan Felda bagi Op Tapis bermula Januari tahun lalu.

“Pada masa sama, seramai 1,478 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah iaitu 191 kes bekalan, 293 kes memiliki dadah dan 994 penagih dadah menerusi Op Tapis yang dilakukan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.