`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 3, 2024

THHE serah kapal peronda luar pesisir pertama

 

Kapal peronda luar pesisir pertama ini akan digunakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk tugas penguatkuasaan dan carilamat. (Gambar Facebook KDN)

PETALING JAYA: TH Heavy Engineering Berhad (THHE) menyerahkan kapal peronda luar pesisir pertama (OPV1) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam selepas penangguhan akibat pandemik Covid-19 dan proses mengimport peralatan teknikal terkini kapal.

Ketua Setiausaha KDN, Ruji Ubi, berkata kapal sepanjang 83m dan lebar 13.7m itu akan digunakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk tugas penguatkuasaan dan carilamat.

Katanya, OPV1 yang dibina menggunakan reka bentuk Damen 1800 mampu menjalankan operasi di laut selama 21 hari tanpa ulang bekal dan berdepan laut bergelora sehingga tahap “Force 7”.

Beliau berkata, ia juga dilengkapi radar radar X dan S Band bagi memastikan rondaan secara meluas, selain boleh menempatkan 70 anak kapal.

“Ia juga boleh mencapai kelajuan 21 knot serta mempunyai fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter dan bilik tahanan, selain turut dilengkapi peralatan canggih seperti pesawat tanpa pemandu (UAV), meriam 30mm Smash Aselsan, dua bot Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) dan Fast Interceptor Craft.

“Ianya juga mampu melaksanakan tugas-tugas seperti misi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR), bertindak sebagai kapal logistik, kapal mothership, kapal pemerintah serta menjadi tempat penyimpanan kelengkapan pencemaran minyak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap OPV1 dapat meningkatkan dan memperkasakan lagi pengoperasian Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang maritim dan memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) dalam keadaan selamat.

Kerajaan sebelum ini menyuntik pinjaman RM152.6 juta untuk memastikan projek OPV yang diambil alih Kementerian Kewangan disiapkan tahun lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.