`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 29, 2024

Industri bas ekspres makin tenat, dakwa pengusaha

Isu ‘main harga’ menyebabkan industri bas ekspres semakin tenat, dakwa Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jangka hayat industri bas ekspres diramal hanya mampu bertahan 10 bulan hingga setahun akibat isu “main harga” bagi tiket kelas ekonomi dan eksekutif.

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) Laili Ismail mendakwa tindakan itu menyebabkan industri bas ekspres semakin tenat selepas berdepan kerugian jutaan ringgit sejak negara dilanda Covid-19.

Katanya, sejak pindaan dibuat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 5 Ogos 2022, tiada ketetapan diletakkan pada spesifikasi kapasiti tempat duduk menyebabkan ada pengusaha bas meletakkan harga tiket ekonomi bagi bas yang sepatutnya dikategorikan di bawah kelas eksekutif.

Susulan itu pihaknya menggesa kerajaan membuat penetapan bagi kategori dan spesifikasi bas ekspres bagi membolehkan pemain industri mengikut harga ditetapkan bagi kategori tiket ekonomi dan eksekutif.

“Kita bukan nak minta naikkan harga tambang bas, sebaliknya nak minta kerajaan perbetul semula kategori dan spesifikasi bagi ekonomi dan eksekutif.

“Antara yang kami cadangkan, tempat duduk bas satu atau dua tingkat bagi kategori ekonomi ditetapkan tempat duduk 2+2 manakala tempat duduk 2+1 adalah untuk kategori eksekutif,” katanya menurut Berita Harian.

Menurutnya, pihaknya sudah menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan dan APAD untuk mengatasi isu itu pada 21 Dis lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.