PETALING JAYA: Menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup menafikan dakwaan tular konon ada pasar raya enggan pamer produk keluaran Bumiputera.
“Tidak betul ada halang barang Bumiputera,” kata Armizan Ali kepada FMT, menafikan dakwaan yang ditujukan kepada orang Islam dan tersebar menerusi WhatsApp itu.
FMT difahamkan dakwaan itu berkisar suatu catatan di Facebook lima tahun lalu.
Sebelum ini, Bukit Aman memberi amaran keras kepada semua pihak supaya berhenti memanaskan isu menyentuh kaum, agama, dan institusi diraja (3R), khususnya melibatkan isu penemuan stoking tertera kalimah Allah di cawangan KK Mart.
“Kami bimbang ia menjadi pemangkin kepada isu perkauman,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam sidang media pada Rabu.
Polis sedang mendapatkan maklumat risikan sama ada masih terdapat gerakan memburukkan lagi keadaan melibatkan isu 3R.
Sementara itu, seorang pengusaha pasar raya yang minta tidak dinamakan percaya dakwaan tular berkenaan mesej lama dikitar semula untuk tahun ini.
“Lebih baik jangan hebahkan, ia sangat sensitif buat masa ini,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.