`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 31, 2024

El Nino: Paras air kritikal jejas 48,000 pengguna Pasir Mas, Tumpat

 

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata fenomena El Nino mengakibatkan paras air kritikal di muka sauk di Pasir Mas, selain kerosakan dua pam kesan mendapan pasir dan sampah. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Seramai 48,635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air, sejak semalam.

Masalah ini dijangka pulih sepenuhnya sebelum perayaan Aidilfitiri.

Jajahan Pasir Mas merekodkan seramai 35,254 pengguna terjejas, manakala Tumpat pula 13,381.

AKSB dalam kenyataan, memaklumkan gangguan itu berikutan berlakunya penurunan paras air yang kritikal di muka sauk Loji Rawatan Air Kelar di Pasir Mas akibat fenomena El Nino serta kerosakan dua unit pam disebabkan mendapan pasir dan sampah.

“Antara tindakan mitigasi segera yang dilakukan AKSB adalah pemasangan pam tambahan di luar muka sauk di mana ia melibatkan kerja-kerja pemasangan pam, sambungan bekalan elektrik dan pemasangan paip,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut lima lori tangki AKSB dan lori air kontrak serta 33 tangki statik sedang diatur gerak ke Pasir Mas manakala satu lori tangki AKSB, dua lori air kontrak dan 75 tangki statik akan ditempatkan di Tumpat.

“AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi kami seperti laman web www.airkelantan.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, dan Instagram.

“Selain itu, pengguna juga boleh hubungi Pusat Info dan Talian Aduan di talian 15777 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.