`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 30, 2024

Nahas maut New Zealand, KPT sedia bawa pulang jenazah 2 pelajar

 

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Kadir, berkata pihaknya sedang dapatkan maklum balas dan maklumat lengkap pelajar terlibat daripada Wisma Putra.  (Gambar Bernama)

LUMUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan bantuan keperluan pengurusan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas di Tasik Tekapo, New Zealand.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Kadir, berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Wisma Putra.

“Sehingga kini kita belum dapat maklumat lengkap berkaitan dengannya. Pihak kementerian akan membantu perkara berkaitan dengan keperluan yang ada bagi memastikan supaya proses termasuk penghantaran (jenazah) dan sebagainya.

“Bagaimanapun kita serahkan kepada keluarga terlebih dahulu kerana perbincangan perlu diadakan dengan keluarga terbabit bagaimana pengurusan jenazah perlu dilakukan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Umno Lumut di Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas.

Menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga terlibat, Zambry berkata kementeriannya juga sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung tiga lagi pelajar Malaysia yang cedera.

Terdahulu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam kenyataan, memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas, pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.

Menurut kenyataan itu, nahas berkenaan melibatkan lima penuntut Malaysia dan mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington ketika dihubungi, mengesahkan pelajar meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.

Mangsa yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut daripada universiti sama, sementara Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.