`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 30, 2024

Beras tempatan ‘tak kunjung tiba’, pegawai kerajaan gagal patuh arahan patut dikena tindakan

 

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mahu Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras bertanggungjawab kerana mendakwa arahan perdana menteri berkait BPT ‘dilanggar’.

PETALING JAYA: Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) akan menghantar laporan bertulis kepada ketua setiausaha negara (KSN) bagi tindakan diambil terhadap pegawai kerajaan patuh arahan perdana menteri berkait isu pengedaran beras putih tempatan (BPT).

Ketua Petugas Khas Pemantauan Kluster Makanan Naccol, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata ketua pengarah kawal selia padi dan beras, perlu “menjawab” 14 juta kampit BPT yang “tidak kunjung tiba” di pasaran.

“Soalnya, di mana pergi beras tersebut? Saya minta dia (ketua pengarah kawal selia padi dan beras) untuk menjawab soalan ini supaya rakyat tahu. Rakyat resah gelisah (sekarang). Mereka datang setiap hari ke pasar raya untuk membeli beras dijanjikan kerajaan, tetapi malangnya tidak ada beras tersebut.

“Lama-kelamaan, rakyat akan marah kepada kerajaan, kepada pucuk pimpinan, tetapi, hal ini sebenarnya adalah tanggungjawab Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras,” katanya menurut Utusan Malaysia di Bukit Mertajam.

Katanya, hari ini sudah masuk hari ke-11 sejak mesyuarat Naccol membincangkan isu beras tempatan dengan pihak berkenaan telah memberi jaminan 140,000 tan metrik sedia diedar.

“Jadi, saya minta bahagian penguatkuasa untuk bertanggungjawab memastikan BPT berada di pasaran setelah 11 hari gagal membuktikan keberadaan beras tersebut. Keputusan telah dibuat oleh perdana menteri tapi ‘delivery sistem’ (sistem pengedaran) tidak dapat mengedar beras ke seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, Syed Hussin meluangkan masa meninjau sendiri beberapa pasar raya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya dan Parlimen Permatang Pauh untuk melihat keberadaan beras berkenaan di pasaran.

Katanya, tidak ada satu pun daripada pasar raya yang dikunjunginya itu menjual BPT ketika ini.

“Malahan, tinjauan di 107 lokasi di seluruh negara juga mendapati, hanya tujuh lokasi yang menjual beras tersebut. Itu pun dalam jumlah yang sedikit. Tak sampai dua atau tiga jam sudah habis,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.