`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, January 22, 2026

Pemimpin bebas bebanan sesuai terajui PN, tak semestinya presiden parti

Bendahari PAS Iskandar Samad berkata PN perlu pengerusi diterima rakyat dalam berdepan PRU akan datang.

Iskandar Samad ulas kenyataan Muhyiddin Yassin berhubung pendirian Bersatu yang jawatan pengerusi PN perlu dipilih di kalangan presiden parti komponen.
PETALING JAYA:
 Seorang pemimpin PAS berpendapat keutamaan memilih pengerusi Perikatan Nasional (PN) bukan semestinya di kalangan presiden parti komponen, sebaliknya boleh diterima rakyat dan bebas bebanan.

Bendahari PAS Iskandar Samad berkata pemimpin bakal menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin juga perlu diterima parti komponen.

Menurutnya, jawatan pengerusi PN akan memberi gambaran kepada rakyat berhubung calon perdana menteri pada PRU16 walaupun tidak diumumkan.

“Kita perlu pemimpin segar, terbukti berkemampuan sama ada di persekutuan atau negeri dan bersih iaitu bebas dari sebarang bebanan.

“Perlu seorang pemimpin boleh diterima rakyat kerana pengerusi PN baharu akan memimpin gabungan itu pada PRU semakin hampir,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang Bersatu berpendirian jawatan pengerusi PN yang kosong sejak 1 Jan lalu perlu dipilih di kalangan presiden parti komponen.

Selain Muhyiddin, presiden lain Hadi Awang dari PAS, Dominic Lau dari Gerakan dan P Punithan dari MIPP.

Bekas perdana menteri itu berkata Hadi menolak mengambil alih kepimpinan PN atas faktor kesihatan dan beliau mengakui timbul dilema daripada pendirian Bersatu.

Awal bulan ini, Hadi mengesahkan PAS menawarkan diri mengetuai PN selepas Muhyiddin meletak jawatan.

Selain Hadi, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar antara pemimpin dari parti itu dikaitkan dengan jawatan pengerusi PN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.