Suspek direman hingga 15 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

PETALING JAYA: Tujuh individu termasuk empat penjawat awam direman kerana disyaki merasuah pegawai pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di Sabah sebagai balasan melepaskan pemeriksaan ayam sejuk beku diimport secara tidak sah.
Perintah reman tiga hari hingga 15 Ogos terhadap semua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.
Operasi dijalankan menerusi ‘Op Chick’ oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia semalam, menyita 10 kontena ayam sejuk beku diimport dari China dan Poland secara tidak sah.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.