`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, August 13, 2026

Adakah PAS akan anjur demonstrasi isu TH, soal Rayer

 Ia selepas Ahli Parlimen PAS keluar Dewan Rakyat dan enggan meneruskan perbahasan laporan RCI TH kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak hadir sidang khas kelmarin.

RSN Rayer
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer mempersoalkan perjuangan sebenar PAS dan mendakwa tindakan parti itu mungkin ada kaitan hubungan politiknya dengan Umno.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bertanya kepada PAS sama ada demonstrasi besar-besaran akan diadakan parti itu bagi menuntut tindakan diambil terhadap pihak didakwa bertanggungjawab “sakau” wang Lembaga Tabung Haji (TH).

Wakil rakyat DAP itu berkata demikian selepas Ahli Parlimen PAS meninggalkan Dewan Rakyat dan enggan meneruskan perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH kerana Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak hadir sidang khas kelmarin.

“Kalau betul PAS membela agama Islam dan orang Melayu, kenapa semua wakil rakyat PAS meninggalkan Dewan Rakyat pada 11 Ogos tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan?

“Sekarang memandangkan kita dah tahu siapa yang ‘sakau’ wang TH, adakah PAS akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut semua yang bertanggungjawab ‘sakau’ wang TH diambil tindakan,” tulisnya di Facebook.

Sebelum perbahasan bermula Selasa lalu, Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kehadiran Anwar penting bagi membolehkan penjelasan menyeluruh diberikan berhubung laporan itu, lebih-lebih lagi sidang khas diadakan atas arahan perdana menteri.

Katanya, pembangkang sudah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul supaya sidang khas itu ditangguhkan sehingga Anwar kembali bertugas selepas menjalani rawatan kesihatan.

Bagaimanapun, Johari ketika mengendalikan sidang khas itu berkata, Ahli Parlimen yang tidak mahu meneruskan perbahasan boleh meninggalkan Dewan.

Sementara itu, Rayer mempersoalkan perjuangan sebenar PAS dan mendakwa tindakan parti itu mungkin ada kaitan hubungan politiknya dengan Umno.

“Adakah kemungkinan besar sandiwara PAS tidak mahu membahas laporan RCI TH yang dibentangkan di Dewan Rakyat 11 Ogos lalu kerana takut menyinggung Umno sehingga hilang peluang untuk bekerjasama pada PRN Melaka?

“Apa sebenarnya perjuangan PAS,” soalnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.