`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

31 AUGUST 2026

Friday, September 11, 2026

Pandangan wanita tak boleh jadi presiden parti, PM bersifat stereotaip, kata Saifuddin

 Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara itu berkata penilaian terhadap kemampuan wanita dalam politik tidak seharusnya berasaskan persepsi dan andaian semata-mata.

saifuddin abdullah
Saifuddin Abdullah berkata ada contoh dalam Islam yang menunjukkan peranan penting wanita dalam kepimpinan dan masyarakat.
PETALING JAYA:
Pandangan bahawa wanita tidak boleh menjadi presiden parti atau perdana menteri antara tanggapan stereotaip yang menyebabkan peranan mereka dalam politik tidak dioptimumkan, kata Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara Saifuddin Abdullah.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata masih ada pandangan dalam sesetengah parti politik dan masyarakat mengenai peranan wanita dan pemuda yang berasaskan persepsi serta andaian, bukannya ilmu atau fakta sebenar.

“Ada pendapat menyatakan wanita tidak boleh menjadi presiden parti dan perdana menteri.

“Alasannya ialah ayat ‘lelaki adalah pemimpin terhadap wanita’ (An-Nisa: 34) dan hadis ‘kaum dipimpin wanita tidak akan beruntung’ (Bukhari),” tulisnya dalam ruangan Merentas Ruang yang diterbitkan Sinar Harian.

Namun, Saifuddin berkata terdapat juga contoh dalam Islam yang menunjukkan peranan penting wanita dalam kepimpinan dan masyarakat.

“Al-Quran menceritakan kejayaan Ratu Balqis memimpin negerinya dengan bijak (An-Naml: 23-44).

“Juga peranan penting isteri-isteri Rasulullah SAW, contohnya, Khadijah (penasihat Rasulullah SAW) dan Aisyah (perawi hadis),” kata bekas menteri itu.

Saifuddin berkata usaha mengoptimumkan peranan wanita dan pemuda dalam politik perlu memberi keutamaan kepada ilmu, kemahiran dan pengalaman, termasuk dalam menentukan siapa yang layak memegang sesuatu jawatan.

Menurutnya, pemilihan dan pelantikan ke jawatan tertentu perlu dibuat berdasarkan merit, bukannya hubungan kekeluargaan.

“Dalam mengoptimumkan peranan wanita dan pemuda, usahlah mengamalkan nepotisme. Contohnya, meletakkan isteri dan anak untuk menggantikannya sebagai presiden parti.

“Dalam usaha membangun politik baru dan demokrasi matang, kita mesti mengutamakan ilmu, kemahiran dan pengalaman.

“Pemilihan dan pelantikan ke jawatan tertentu hendaklah dibuat berasaskan merit,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.