`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 16, 2010

EXPOSED: ROMANCE BETWEEN PERMAISURI SITI AISHAH AND SYED ABDULLAH AL ATTAS


After the death of her husband, the late Sultan of Selangor, Permaisuri Siti Aishah, was never heard until recently when certain Malay bloggers have started to expose her secret affairs with political book writer Syed Hussein Al Attas's son, Syed Abdullah Al Attas, aged 48 years.

Pictures of their secret affair were widely published in a blog uncleseekers.blogspot.com which had received wide response from Malaysians.

We published these articles (in Malay) (courtesy of uncleseekers):


Permaisuri Siti Aishah

Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman

Setelah beberapa bulan aku sembunyikan "cinta syyhh" diantara aku dengan mantan permaisuri agong dari pengetahuan umum, hari ini aku terbuka hati untuk memaparkan sedikit maklumat tentangnya...

Kemesraan ini dirakam sekitar bulan Jun 2010 di Janda Baik. Aishah juga seorang manusia biasa yang perlu teman hidup...

Diwaktu gelombang taufan melanda dirinya, aku diamanahkan untuk bersamanya buat beberapa ketika. Dia memanggil aku dengan panggilan "Abang" dan aku pula hanya memanggilnya "Aishah" atau kadangkala "YaAishah".

Dipendekkan cerita tetiba skandal ini bagaikan petir menyambar! Aku diberi amaran dari Dato Seri supaya tidak membuat panggilan pada Aisyah lagi. Helo dato seri...tolong buat pemeriksaan di Maxis, satu hari berapa kali aisyah telefon saya. Dari pukul 10 malam sampai 5 pagi tak kurang 8 kali setiap malam dan saya hanya call dia 3 hari cuma sekali atau dua kali saja. Itu pun kerana diamanahkan!

Tak payahlah dato seri nak offer saya duit!

Saya tau dato seri bengang dengan saya sebab saya tak layan tawaran duit dari dato seri dan tak jawab sms dato seri! Simpanlah duit dato seri tu.

Kenapa dato seri kemaruk nak beri duit pada saya? Aisyah pernah datang bersama mama bertemu ayah saya (klik) sekitar 8 pagi kerana hendak meminang unclesekers! Adakah dato seri tahu? Ayah saya masih hidup lagi dato seri...Walaupun aisyah mengetuk pintu bilik saya beberapa kali "abang...bangun bang..aisyah datang ni..." saya tak akan membuka pintu sebab waktu tidor saya tiada siapa boleh ganggu waima mantan permaisuri agung. Tak percaya tanya mama sendiri. Mama orang Islam dan tidak pernah tinggal solat 5 gol.

Apa tujuan dato seri ugut saya? Adakah kerana nak menakutkan saya? Sorilah dato seri...saya bukan seorang penjenayah atau perompak duit dato seri. Bukan mengungkit tapi membangkit, semasa diampang makan kambing dan roti boom siapa yang bayar? Setiap kali syed keluar dengan aisyah pun syed yang bayar, cuma sekali saja dia belanja saya minum teh bersama madu di pavallion. Ketika itu saya selsema. Dia belikan saya handphone pun saya tak ambil!

Percutian aisyah di saufiville beberapa kali kerana aisyah nak berehat bersama saya itu pun saya hanya sempat luangkan masa tak sampai 1 atau 2 jam. Kebanyakannya aisyah akan melawat tempat-tempat lain dijanda baik.

Saya tahu dato seri mula 'terasa hina' apabila aisyah mencium tangan dan pipi saya setiap kali kami berjumpa dan aisyah tidak menghormati dato seri sendiri sebagai ayah. Perkara ini sangat ketara apabila aisyah, mama dan dato seri datang kejanda baik pada malam yang saya bantu aisyah. Aisyah membentak dan berlari anak kehujung taman kerana saya suruh aisyah meminta maaf pada dato seri?

Dato seri...bantuan yang saya beri pada aisyah pada malam tersebut yang disaksikan sendiri oleh dato seri, mama dan aisyah membuatkan dato seri terkejut bukan?

Seeing is believing!

Saya suruh mama dan aisyah simpan dirumah benda dalam botol tersebut tapi mama dan aisyah takut! Kalau disimpan kan bagus... boleh buat kajian selanjutnya tentang sifat makhluk halus dalam botol...

Mama kerap kali bertanya bagaimana saya boleh lakukan? Selepas didesak beberapa kali, saya hanya menjawab, setiap orang ada kelebihan, barulah mama terdiam!

Saya terasa hati dengan dato apabila dato seri 'delete' semua rakaman yang telah diambil selama 3 hari 3 malam rumah aishah di No 58, Jalan 1, Taman Tar, Ampang, Selangor!

Dato seri...saya tak nak duit dato seri dan tak nak jumpa dato seri. Banyak cerita "cinta syyhh" saya dengan aisyah . Kalau dato seri terbaca artikel ini, harap 2 perkara saja.

1. Aisyah sebenarnya nak kawin. Kalau aisyah kawin, selesai masalah yang ditanggung. Tak baik dato seri buat dia macam ni.

2. Jangan tipu aisyah banyak sangat!

Buat mama..
Syed sanggup lafaz atau junjung Quran (seperti kebiasaan amalan untuk membuktikan kebenaran) dimana saja yang diminta tentang kebenaran artikel ini dan bertanggungjawab diakhirat dan mama juga harus begitu.

Aku tau pembongkaran ini akan mencetuskan kontroversi dan mungkin aku disumbat didalam lokap atau jel atau kena saman atau....

Sesuai dengan prinsip hidup aku


Permaisuri Siti Aishah - Part 2

Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman

Beberapa panggilan yang aku terima hari ini semua memuji kerana keberanian aku membongkar isu ini.

Bukan kerana berani tapi kerana mencari kebenaran (to seek the truth). Ada juga yang suruh aku bersedia makan yang sedap-sedap dan main internet puas-puas kerana tak lama lagi aku akan ditahan bawah ISA! (bolehke?)

Kalau aku ditahan ISA pun aku bangga kerana aku adalah rakyat Malaysia yang pertama ditahan bawah ISA kerana mendedahkan kisah “cinta syyyh” dengan DYMM Raja Permaisuri Agung Ke X

Kisah “cinta syyhh” aku dengan aisyah hanyalah picisan jika dibandingkan dengan Dodi-Al Fayed yang kaya raya dengan Princess Diana yang cun melecun akhirnya terbunuh dalam kereta.

Aku tak berminat nak menulis buku tentang “cinta syyhh” ini. Cukuplah sekadar coretan didalam blog. Itu pun member dah nasihat macam-macam.

Kepada aisyah, ucap terima kasih kerana sudi menziarah Habib di ampang puteri ketika dia terlantar sakit. Terima kasih juga pemberian coklat dan air the untuk Habib.serta meluangkan masa bersama mantan isteri saya cik manja


Gambar kenangan bersama kakak sulung, aisyah dan adik saya di rumah hujung minggu kami Janda Baik

Kepada dato seri…don’t worry, saya tak akan jawab sms atau panggilan sekiranya aisyah berbuat demikian. Dato seri ada pistol (dato seri pernah tunjuk pistol pada saya dirumah ampang kononnya nak menakutkan saya secara saikologi….podah!) harta, duit, kuasa dan boleh buat macam-macam pada saya yang cuma ada blog saja. He he


Permaisuri Aishah - Part 3

"Sudah-sudah la tu bro..Lu dah sampaikan point lu..Kesianlah kat Pemaisuri..dia wanita yang baik dan dihormati. Jangan disensasikan perkara ini sampai membuka keaiban org..tak baik bro..Sebagai sahabat, gua hormat pemaisuri..gua sayang lu bro."

Subuh tadi aku terima pesanan dari seorang sahabat agar pendedahan ini dihentikan demi menjaga nama baik permaisuri. Mood aku untuk menulis bagaimana bermulanya "cinta syyhh" aku dengan aisyah terus terbantut!

Oklah…aku slow sikit untuk part 3 ni demi menjaga hati seorang sahabat.

A picture speaks a thousand word




Aisyah tanya aku kenapa abang tak bersama semula dengan Cik Manja? Aku cakap “Semuga Allah tempatkan Cik Manja disyurga kerana telah menjaga makan tidurku dengan tip top semasa menjadi dia menjadi steriku, bertanggungjawab, hormati kedua ibubapaku tapi prinsip hidup abang tak akan rujuk semula pada hubungan yang telah terputus namun persahabatan kami berdua masih baik dan saling membantu sehingga hari ini”

Kepada dato seri…inilah antara buktinya! Betullah kata beberapa pihak pada saya. “Syed, berhati-hatilah dengan parents mereka…”

Komen saya pada dato seri…Bila perlukan saya bercakap punyalah lembut gigi dari lidah pastu bila dah settle semua terajang dan ugut macam2. Memang dasar tikam dari belakang punya olang!

Desa Putra Condo - Dikondo inilah aku sering bertemu dengannya

Bersambung part 4 – Kenapa dato seri mangga pintu depan grill macam lokap dan letak cctv dalam ruang depan kondo aishah?


Permaisuri Aishah - Part 4

"Cinta Syyhh" - cinta yang diamanahkan...

Pada 7hb Jun 2010 ketika aku sedang menikmati nasi goring selepas “skrip reading” filem Momok Jangan panggil aku” bersama artis AF Noni, Ekin dan pendatang baru dalam dunia filem iaitu Babyfaralia sekitar jam 4 petang, aku terima panggilan dari Aishah.

“Abang dimana? Datang jumpa Aishah di Ampang Jaya…bla la bla”

Aku sengaja buka pembesar suara supaya aku boleh makan dengan tenang tanpa genggaman telefon ditangan dan semua rakan-rakan tadi mendengar dengan jelas perbualan kami berdua.

Lebih kurang 3 kali Aishah menghubungi dalam masa setengah jam. Semua yang ada dimeja makan menggeleng kepala kerana nasi goring yang aku makan tidak habis kerana melayannya.

Kalau nak tau lebih lanjut intipati perbualan kami berdua, tanyalah sendiri dengan mereka bertiga.

Dato seri amat terperanjat apabila saya berjaya keluarkan "benda" dari tubuh aisyah! Kenapa dato seri tidak mahu simpan "benda" ini sebagai kenangan atau dibawa kemakmal untuk kajian staintifik dan kongsi bersama hasil keputusannya pada umum! ha...ha...ha...

Tanpa membuang masa saya minta Baby faraliana menghantar saya keampang point kerana kenalan saya yang bernama Ah Kuat menunggu saya disana. Sebaik saja sampai ampang jaya saya hubungi aisyah semula.

“Aisyah dah ada kat wangsa majulah abang. Abang datanglah sini…”

Dipendekkan cerita aku berjumpa dato seri di kedai makan ampang jaya. Kami memesan kaki kambing dan roti boom untuk dinikmati bersama. Dato seri member amaran pada saya agar jangan menghubungi tuanku permaisuri lagi. Tetapi Allah maha kaya, ketika amaran tersebut baru disampaikan tetiba aisyah hubungi saya bertanya kenapa saya tidak datang kekondonya.

Saya beri pelbagai alasan kerana tidak mahu menyinggung perasaan dato seri. Setiap lima minit aisyah hubungi saya supaya tetap datang ke tempatnya.

“Abang tak nak datang pasal papakan? Takpe..aisyah sendiri yang akan handle this matter! Abang datang aja”

Kenangan bersama mama, aishah, saudara muzaffar dan zelmey yang mengetahui banyak rahsia "cinta syyhh" ini.

Saya mohon keizinan dato seri untuk kekondo aisyah. Saya tau dato seri kecewa dan malu dengan saya.

Saya tiada pilihan lain kerana aisyah mendesak supaya segera berjumpa dengannya. Dalam keadaan yang tersepit ketika itu saya sempat mengajak dato seri ikut bersama. Dato seri sempat berpesan agar pertemuan kita bertiga pada malam tersebut dirahsiakan dari pengetahuan aisyah.

Saya bersama Ah Kuat terus kediaman aisyah. Sekitar dua puluh minit kami berdua sampai kedestinasi.

Disinilah aisyah berlari keanakan kerana merajuk dengan saya, Tanah, langit, pokok-pokok, bunga, kayu, pasu bunga, cengkerik dan lain-lain disitu menjadi saksi.Kesnya kecil saja, saya suruh aisyah minta maaf pada ayahnya, tapi dia tak mahu. Tak gitu zelmey?


“Kenapa abang datang lambat sangat?

Adalah seperti amalan biasa, setiap kali aisyah berjumpa dengan saya, beliau akan mengucup tangan dan mencium pipi saya walaupun depan dikhalayak ramai dan disaksikan oleh mama.

Saya hanya tersenyum tanpa menjawab soalannya. Saya bawakan makanan kegemarannya iaitu sate. (lupa nama gerai yang dibeli)

“Aishah dah kenyanglah abang. Takpe, kita beri pada papa saja sate ni”

Mama yang duduk dimeja bulat hanya tersenyum memandang saya. Tetiba dato seri datang masuk kerumah aisyah seperti tiada apa yang berlaku.

Sedang aisyah berbual dengan Ah Kuat tetiba saya terpandang sesuatu disiling.

CCTV?!....

Walaupun sudah banyak kali kerumah aisyah, saya tidak perasan yang alat tersebut dipasang diruang tamu itu.

Seorang sahabat menghubungi saya ditalian bahawa nama bapa aisyah didalam kad ucapan ini tiada pangkat dato seri! Adakah pihak istana terlupa ataupun ....entahlah. dato seri x marahkan? he he

Terdetik didalam hati kecil saya kenapa kondo yang sekecil itu yang hanya hanya satu sofa, television, pemain video, satu alat senaman dan satu set meja bulat perlukan pengawasan sebegitu teruk sekali. Ini bermakna setiap pergerakan aisyah diadalam kondo akan dipantau! Sebelah kiri rumah aisyah adalah kediaman dato seri dan sebelah kanan pula kalau tidak silap didiami oleh kedua adik kandungnya. Tetiba saya teringat semula kata-kata dato seri bahawa aisyah pernah buat panggilan kepada polis bahawa dato seri mengurungnya dan apabila polis sampai dirumah (ampang jaya) dato seri maklumkan kepada anggota tersebut bahawa ini adalah masalah keluarga.

Saya terus ke bahagian depan untuk merokok (seperti biasalah!). Barulah saya sedar selama ini setiap kali saya ingin masuk atau pulang, mama yang akan buka mangga pintu depan gril!

Kediaman aisyah tak ubah macam lokap! Persoalannya kenapa?

Banyak kenangan kami berdua di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

Part 5 – Apa yang berlaku diantara aisyah dengan saya di President Suite Mandarin Oriental Hotel pada 6hb Jun 2010?


Permaisuri Aishah – Part 5

Adakah dato seri pikir sekiranya saya kawin dengan aisyah, otomatik saya jadi bapak tiri sultan selangor yang akan membawa gelaran "tuanku uncleseekers". dato seri.. tolong jangan buat lawak. Beta tak sanggup...he he..Ini kan semua hanya "cinta syyhh"

Hampir 95% menyuruh aku supaya segera menyiapkan part 5 dan bakinya memberi teguran agar dihentikan segera kisah “cinta syyhh” ini kerana ianya bukan saja membuka aib permaisuri tetapi diri ku sendiri!

Desire Jalan Doraisamy, Asian Heritage Row, Kuala Lumpur, Malaysia

Aku menulis artikel ini di Desire Club kuala lumpur pada 10hb November sambil melayan alunan muzik r&b selepas habis mesyuarat dengan salah seorang anggota paranormal terkenal dari singapura. Beliau meminta aku membongkar satu penipuan terancang anggota paranormal negaranya. Aku memberi jaminan padanya yang aku akan membantunya dalam perkara ini kerana ianya sesuai dengan prinsip aku iaitu “to seek the truth”

Aku, aisyah dan mama pernah letak kereta di sebelah bangunan desire ini ketika kami hendak ke imperial sheraton untuk makan malam bersama lawrence dan Alex.

Setelah beliau pulang 2 jam kemudian tetiba aku terima sms dan panggilan dari wartawan arus perdana sekitar 11malam bertanyakan aku bagaimana untuk menghubungi aishah. Aku katakan padanya supaya pergi ke wangsa walk sekitar 8 pagi sehinga 10 pagi atau terus hubungi taliannya. Beliau agak kecewa kerana permaisuri tidak membalas smsnya!

Adeekseekers bersama permaisuri aishah di Restoran Wadihadramaut

Liza juga tahu rahsia "cinta syyhh"

Ariff Haidar yang mengikuti kisah "cinta syyhh" dari part 1 sehingga part 4 adalah orang yang pertama membaca part 5 kisah ini di desire

Tamara Carlyn Rowlands menyapa saya ketika saya sedang menulis artikel ini. Walaupun tamara tidak lagi bertugas didesire, namun kerap berada disana untuk memeriahkan setiap majlis.

Sekitar jam 7 malam ketika aku bersama liza dan adeekseekers berada di plaza GM kuala lumpur ntuk membeli beberapa keperluan peribadi tetiba aku menerima pangglan dari zelmey bahawa aishah telah pun membuat tempahan bilik Presidential Suite Mandarin Oriental Hotel dengan harga kalau tak silap RM28,000 semalam selama 3 hari!


Setengah jam kemudian aku terima panggilan dari mama supaya aku datang ke hotel tersebut untuk meminta tolong dari saya dan aisyah ketika itu berdekatan dengan mama pula bercakap dengan saya agar segera datang!

Disinilah 2 orang "gadis biru" menari

Sedang aku menulis tetiba mata aku terpandang dua orang "gadis biru" sedang menari.Mereka berdua memakai sepasang baju berwarna biru. Seorang cute dan seorang lagi seksi bangat. Aku terkezut awek yang seksi bangat tu punya nasi lemaknya mak ai…menggegar jantung-jantung jantan dalam kelab tu! Yang cute tu bibirnya cantik, hidung mancung, kening berbaris dan matanya agak redup…

Aku minta izin untuk mengambi gambarnya untuk diabadikan dalam cerita ini. Mereka berdua berkata “Why not”

Kalau tak silap nama "gadis biru" ini adalah Mira dan syikin. Yang mana syikin yang mana mira aku pun tak ingat! Mereka kata kalau nak jumpa mereka datanglah ke Desire. Promote nampak...!

Dipendekkan cerita, apabila saya tiba dilobby hotel aisyah meluru pada saya dan seperti biasa mencium tangan dan mencium pipi dan memeluk saya. Aisyah memperkenalkan pada pekerja hotel bahawa saya adaah suaminya! Saya terkedu dan mulut ini terkunci dari berkata apa-apa!

Beliau terus memeluk dan kami terus ke bangunan sebelah iaitu klcc…

Sebenarnya saya sangat malu diperlakukan sebegitu tetapi mama mengenyitkan pda saya. Saya angguk dan dalam fikiran saya terus mencari helah supaya saya tidak diperlakukan begitu kerana ratusan mata yang melihat aksi tersebut!


Tetiba saya sampai dikawasan tempat jualan pakaian dalam.Saya tidak berapa pasti dimana saya berada ketika itu kerana fikiran saya asyik mencari pelbagai helah supaya tidak dipeluk. Saya rimas! Rimas! Rimas!

Sekadar hiasan

“Abang pilihlah untuk saya…”

Mak ai! Aku mana tau saiz dia...Matilah aku malam ni…saya beritau mama bahawa saya tidak pernah pergi ketempat sebegini (sebenarnya kalau saya ada jodoh kali ini, saya sendiri akan pilih pakaian dalam untuk isteriku! Biasalah..kelemahan lelaki dimata..he he)

Selepas mama membeli semua barang keperluan untuk malam tersebut, aisyah menyuruh saya menangkat barang yang dipilih. Saya cakap pada aisyah “sorilah…abang tak pernah buat benda macam ni”

“Abang ni langsung tak romantik lah”

Memanglah aku tak romantik dengan dia sebab warna pakaian dalam yang dipilih langsung tak stim. Hancusss…

“Dalam hati kecilku berkata, “ Sorilah beb, peduli apa aku samada kau permaisuri atau apa, jangan paksa benda yang aku tak suka”

Mama mengenyit mata dan mengangguk kepala padaku. Aku faham maksud mama kerana ianya “cinta syyhh”.

Sampai dikaunter pembayaran sekali aisyah buat hal dihadapan dua orang gadis yang terima pembayaran darinya.

“Kenalkan uncleseekers…dialah suami saya”

Adusss….malunya aku tuhan saja yang tahu tapi nak buat camner…

Sekali lagi aku mencari helah berpura-pura mencari gula-gula dikaunter tersebut…

“Abang nak yang ini ke?”

Aku dah malas nak layan sebab ada pasangan suami isteri yang memerhatikan gelagat kami bertiga.

“Boleh jerlah..”

Setelah pembayaran dijelaskan kami berpegangan tangan keluar sampailah dipintu keluar klcc tersebut tetiba asiyah ditegur oleh seorang lelaki bersama teman-temannya direstoran.

“Tuanku permaisuri…, apa khabar?”

“Baik, kenalkan ini suami saya, unclesekers…”

Aku terkedu sambil bersalaman dengan longlai dengan mereka semua



Aku menjauhkan diri dari kumpulan tersebut sambil aisyah berbual. Selepas itu saya dimaklumkan bahawa orang yang menegur aisyah adalah ketua polis daerah atau negeri atau cawangan mana pun saya tak pasti kerana saya tidak mahu ambil tahu!



Kami terus menuju kehotel dan apabila masuk saja ke pintu hadapan hotel tersebut terserempak pula dengan beberapa kakitangan hotel yang lain dan seperti biasa saya diperkenalkan sebagai suaminya.

“Aisyah…jom arr cepat naik atas”

“ok ok abang”

Kami bertiga menuju ke lif. Sebaik saja lif ditutup, saya memandang keadaan sekeliling dan terus berdoa

“Ya Allah, selamatkanlah aku malam ni…”


Bersambung

Nota penting

Kepada sesiapa yang berkenaan, saya bertanggungjawab dunia dan akhirat setiap artikel yang ditulis. Saya bersedia di bawa kemuka pengadilan sekiranya artikel ini berunsur fitnah dari part 1 sehingga part 5 ini. Mungkin terdapat sedikit kesilapan sana-sini kerana artikel yang dibuat ini tersangat ringkas.

Buat aisyah dan mama, harap berterus terang sekiranya ada yang bertanya. Janganlah berbohong kerana diakhirat nanti pasti kita akan dipersoalkan

Buat dato seri - Boleh blah la lu - lu talam dua muka punya olang!


Permaisuri Siti Aisyah - Part 6

www.Academy.LexusModeling.com







Gambar kenangan bersama aisyah, menantu, anak perempuan dan dua orang cucu uncle. Aisyah suruh anak dan menentu saya dengan panggilan bonda

Abah (klik) atau (klik)sedang menasihati kami berdua di rumah persinggahan kami di Janda Baik

Pertukaran nombor telefon mula bertukar...

Artikel ini sedang ditulis...harap bersabar...tadi makeup jap. Pastu nak makan kat jalan kucing pastu baru nak siarkan cerita selanjutnya...he he

Nota

Dalam masa 25 jam dari jam 10.58 malam 13/11/2010 sehingga 11.17 malam 14/11/2010 sebanyak 121,559 orang datang melawat blog ini.

Terima kasih diatas semua komen positif dan negatif. he he

courtesy of uncleseekers

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.