
Selangor Mentri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim denied he was told by former state secretary Datuk Ramli Mahmud and Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan about the appointment of Datuk Mohd Khusrin Munawi.
He issued the denial through his political secretary Faekah Husin, who said that Mohd Sidek had submitted the list of candidates for the post of state secretary to the Sultan through Ramli without informing Abdul Khalid.
"The Mentri Besar asserts that he was sidelined in the submission of names to the palace before Dec 17 and this is clearly not in accordance with procedure," she said in a statement.
"Similarly, the information from the Chief Secretary to the Government to Ramli was not forwarded to the Mentri Besar."
Faekah said the Mentri Besar learned of the appointment when his private secretary received a letter from the Sultan's private secretary, Datuk Mohamad Munir Bani, last Dec 21.
She said that Mohamed Munir had attached a copy of a letter dated Dec 10 2010 sent to Ramli on the appointment of Khusrin as state secretary.
Between Dec 10 and 21, Ramli attended two State Executive Council meetings, two State Economic Action Council meetings and a function to bid him farewell, Faekah said.
She said that Ramli made no mention of the Sultan assenting to the appointment of Khusrin on any of the five occasions.
Faekah said the Mentri Besar hoped that the Chief Secretary to the Government and the Public Service Commission will cooperate to help find "the best solution" in the matter. - BERNAMA
Malaysia Chronicle appends below the media statement and chronology of the controversial appointment
BEKAS SUK TIDAK PERNAH MAKLUM KEPADA MENTERI BESAR PELANTIKAN DATO’ KHUSRIN
YAB Dato' MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku.
Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato’ MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri, Dato’ Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato’ MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato’ MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato’ Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato’ MB.
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato’ MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah.
Dato’ Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu;
i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato’ MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.
Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato’ Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Dato’ Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.
Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato’ MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Dato’ Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato’ Khusrin sebagai SUK.
Antara 10 hingga 21 Disember, Dato’ Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam lima pertemuan ini, Dato’ Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku telah memberi perkenan kepada Dato’ Mohamad Khusrin.
Justeru, kenyataan KSN dan Dato’ Ramli bahawa Dato’ MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Dato’ Ramli.
Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato’ MB yang telah dipilih rakyat.
Dato’ MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato’ MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato’ MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan.
FAEKAH HJ. HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Berikut adalah kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri
26 Oktober 2010
PSM memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:
i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.
26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.
8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.
22 November 2010.
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .
1 Disember 2010.
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.
2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian
8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.
16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato’ Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau
17 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato’ Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.
20 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato’ Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.
21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato’ Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato’ Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato’ Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato’ Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato’ Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato’ Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.
24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato’ Mohamad Munir bahawa Dato’ Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
27 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
3 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato’ Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.
4 Januari 2011
Pejabat Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.
6 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin.
Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR
courtesy of Malaysia Chronicle

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.