`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 22, 2011

Rahim Tamby Chik dan Keberangkalian politik Malaysia

ALOR GAJAH: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendakwa beliau ada maklumat pihak tertentu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50-50 dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Demikian observasi Rahim Tamby Chik(RTC) terhadap keberangkalian politik yang mungkin benar2 terjadi. Saya tidak mahu mengulas kecemasan dari pandangan tersebut tapi mahu menganalisa implikasi jika ia benar benar terjadi dan bagaimana ianya boleh terjadi. Jika sebuah kerajaan korap dan incompetent, memang patut pun ianya di ganti. Ini berlaku di selurih dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada kesan ini. Dan mungkin ianya terjadi di Malaysia sebab Dr Mahathir sendiri sudah menyatakan kepimpinan UMNO incompetent dan korap.

Bagaimana bentuk parlimen yang tergantung itu? parlimen tergantung atau juga di sebut sebagai parliament seimbang berlaku bila mana, tidak ada satu pun parti politik secara sendirian dapat membentuk kerajaan kerana secara sendirian, parti tersebut gagal mendapat majority yang di kehendaki.

Sebagai contoh: Pada PRU Mei 2010 di England, satu parlimen tergantung telah di ujudkan dengan party Torries atau konservatif sebagai parti dengan jumlah kerusi yang terbesar. 2 parti pembangkang yang lain iaitu Parti Burih dan Parti Liberal Demokrat secara berasingan mendapat kerusi parlimen kurang dari parti konservatif tapi, secara gabungan mempunyai kerusi parlimen yang lebih besar. Keputusan PRU 2010 adalah seperti berikut: Konservativ - 307, Parti Buruh( Labour) - 258, Liberal Democrats - 57.

Dalam contoh diatas, Parti Konservatif secara sendirian mempunyai jumlah kerusi terbesar. Tapi ianya tidak mempunyai majority di parlimen iaitu sebanyak 326 kerusi dan yang demikian tidak dapat membentuk kerajaan. Jumlah semua kerusi parlimen di UK ialah 650 kerusi. Majority yang di kehendaki ialah separuh dari 650 + 1 iaitu 326.

Bila keadaan ini berlaku, mana mana parti boleh bergabung untuk mengujudkan parti campuran. Walaupun parti konservatif secara sendirian mempunyai kerusi terbanyak, ia tidak di beri hak pertama membentuk kerajaan. Dalam keadaan UK pada tahun 2010, parti Buruh( incumbent) telah mengambil hak pertama cuba memujuk parti Liberal Demokrat untuk membentuk kerajaan. Tapi perbincangan tersebut gagal mendapat permuafakatan dan oleh kerana itu, PM terdahulu dari parti Buruh, Gordon Brown meletakkan jawatan. Ini membuka jalan untuk parti Konservatif mengadakan perbincangan dengan Liberal Demokrat.

Prinsip yang di pakai disini ialah bukan nya parti yang incumbent atau yang memerintah dalam penggal terdahulu yang berhak mendapat peluang berbincang dengan rakan prospektif untuk membentuk kerajaan, tapi parti yang secara sendirian mendapat majority yang terbanyak. Ini prinsip yang lebih praktikal dan yang akhir nya berjaya.

Bagaimana ia dapat membentuk kerajaan? Ia dapat berbuat demikian jika ia mengujudkan kerajaan campuran dengan memujuk parti Liberal menyertai kerajaan. Pujukan tersebut di buat dalam bentuk merangka dasar legislative yang di sepakati bersama dan dengan memberi parti liberal kedudukan dalam cabinet atau kerajaan.

Adakah keadaan demikian menujudkan ketidakstabilan negara? Tidak jika semua orang terutama ahli parlimen berpegang kepada prinsip undang undang dan tata cara orang berparlimen. Kerajaan campuran England hari ini tidak pula hura hara dan tidak juga tidak stabil.

Jadi, kegusaran RTC sebetulnya, bukan mencerminkan kecemasan untuk negara, bahkan ianya rasa cemas, untuk UMNO sebenarnya. Jika UMNO mendapat kerusi terbanyak tapi bukan majority, maka ia terpaksa berurus niaga dengan parti lain.

Cuba kita bayangkan perkara begini. Dalam PRU yang akan datang UMNO secara sendirian mendapat 70 kerusi. DAP dapat 45, PAS 43, PKR 30, PBB katalah 12. Parti2 lain dapatlah sedikit lagi kerusi. Sebagai parti yang secara sendirian UMNO tidak boleh membentuk kerajaan kerana ia tidak dapat majority 112 kerusi. Tapi oleh kerana ia mempunyai kerusi terbanyak, maka UMNO mendapat hak pertama untuk berbincang dengan mana mana parti politik yang lain. Ia boleh sebagai contoh, berbincang dengan PBB untuk memasukkan 12 MP PBB kedalam kerajaan. Tapi dengan 82 kerusi belum dapat membentuk kerajaan. Terpaksalah UMNO mempelawa parti2 lain untuk mendapat 40 kerusi lain. Katalah UMNO dapat kautim parti2 kecil yang lain, dan menambah jumlah kerusi nya sebanyak 15 lagi. Jumlah UMNO+PBB + lain2 = 97. Tak cukup lagi.

Jika UMNO dan BN gagal dalam masa yang pratikal( satu minggu?) maka presiden UMNO dan pengerusi BN harus mengadap Agung dan menyatakan mereka tidak dapat membentuk kerajaan.

Katalah, UMNO mencuba last desperate act iaitu cuba kautim dengan PAS, PKR dan DAP(PR). Apa kemungkinan2 nya?

Kita boleh gerenti DAP tidak akan termasuk dalam perbincangan tersebut. Maka rakan prospektif ialah PAS atau PKR. Adakah PAS akan termakan dengan pujukan UMNO?

UMNO akan menggunakan kepentingan Islam dan orang Melayu sebagai asas permuafakatan dengan PAS. Mungkin ada setengah bahagian dalam PAS terpengaruh dengan prinsip perbincangan tersebut, tapi tidak cukup untuk mempengaruhi sikap keseluruhan untuk tidak menyertai UMNO. Selagi NIK Aziz dan penyokong Anwar ada dalam PAS, parti tersebut tidak akan masuk UMNO. Lagi pun, PAS akan menyedari bahawa mereka have been doing allright dalam segi memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu selama ini tanpa UMNO. Jadi apa perlu mereka kepada UMNO?

PKR bagaimana? Mungkin PKR akan termakan dengan pujukan UMNO jika UMNO menggunakan hujjah bahawa pimpinan PKR pun kebanyakan nya ex UMNO. Maka mereka mempunyai citarasa yang sama dan persamaan tersebut memungkinkan kesepakatan. Apatah lagi jika asas perbincangan memasukkan faedah untuk Anwar Ibrahim sebagai perencah penting. Mungkin PKR akan melupakan kesepakatan antara nya dengan PAS dan DAP untuk menjadi kerajaan.

Tapi saya rasa kemungkinan2 yang melibatkan PAS, DAP dan PKR tidak akan berlaku kerana pada asas nya, punca mereka berpakat ialah menjatuhkan UMNO dan BN. maka adalah sangat tidak lojik, jika mana mana antara 3 parti ini, melukahkan diri mahu berpakat dengan UMNO.

Ke3 parti tersebut akan melihat dengan jelas, bahawa adalah lebih pratikal dan pantas jika ke3 mereka bergabung kerana dengan gabungan mereka, DAP +PAS + PKR ada 118 kerusi. Itu sudah memberi mereka majoriti dalam parlimen. Ke3 parti ini tidak memerlukan UMNO. Bahkan jika mereka berjaya pula memujuk parti2 lain yang di satukan dengan rasa meluat kepada UMNO, mereka akan menambahkan jumlah kerusi parlimen mereka.

Juga, jika mereka berkuasa, untuk melincinkan lompatan MP UMNO dan BN kedalam kumpulan mereka amat mudah sekali. Belum habis secawan teh tarik, pasti MP UMNO dah lompat.

Jika ke3 parti ini dapat berpakat, macam mana pula timbul scenario seperti yang di cemasi oleh RTC yakni, macam mana timbulnya nama Tengku Razaliegh sebagai PM?

TRH masih UMNO dan oleh kerana itu mustahil lah jadi PM kerana dia yang masih UMNO ketika itu, berada dalam kumpulan yang tidak di ingini oleh PR. Kedua, mengapa perlu PR menjemput TRH jadi PM walhal mereka semua mempunyai pemimpin tersendiri dan disana ada Anwar Ibrahim yang semua orang kata, akan jadi PM. DAP pun dah sebut beri Anwar peluang jadi PM.

Ia boleh terjadi, dalam keadaan PR walaupun ada majoriti kerusi dalam parlimen, setelah mencongak dan bermuhasabah diri, mendapati tidak ada seorang pun pemimpin dari kalangan mereka ada PM material. Pemimpin DAP misalnya, ramai yang berkaliber tapi saya rasa mereka realistik juga memperakui bahawa tidak mungkin orang Cina di terima sebagai PM dalam negara yang majorti nya orang Melayu. Saya bukan nya rasis disini tapi menyatakan kemungkinan pimpinan DAP bersifat realistic dan praktikal. Mereka sedar tidak ada pemimpin bukan Melayu boleh jadi PM. DAP tidak mungkin dapat memerima pemimpin PAS jadi PM. Jadi mereka tidak akan bersetuju dengan PAS jika tokoh dari PAS di cadangkan untuk PM.

PAS pula saya rasa mengakui bahawa walaupun mereka ada pemimpin, had mereka ialah setakatjadi MB atau menteri biasa. Hal ini saya cakap secara terus terang- saya rasa pimpinan PAS akan memperkui bahawa mereka tidak ada PM material untuk memimpin negara.

Apa masaalah nya dengan Anwar Ibrahim? Saya rasa when it comes to the acid test, Anwar pun tidak mempunyai material untuk jadi PM. Anwar mungkin crowd puller tapi kualiti ini sahaja tidak menjamin dia jadi PM. Lagi pun, dan factor yang penting juga, saya rasa pimpinan DAP dan PAS dan rakyat terbanyak tidak mampu mempunyai seorang PM yang 24 jam menangkis pelbagai tuduhan seperti pertuduhan sekarang ini. Habis masa Malaysia melayan tuduhan2 tersebut. Kita tidak mampu ada PM seperti ini.

Jadi golongan ini akan mencari seorang tokoh yang dirasakan di terima oleh kebanyakan ahli parlimen danrakyat sebagai berkaliber untuk memimpin negara. Katalah, tokoh itu, seperti yang di katakan oleh RTC ialah Tengku Razaleigh.

Jika Tengku Razaleigh, apa salah nya? Dia masih dari UMNO dan jika TRH ialah UMNO kenapa RTC mahu mempertikaikan nya. Juga, ia membuktikan bahawa walaupun UMNO di genangi dengan pelbagai mudaharat dan sakit, orang lain masih meyakini bahawa dalam UMNO masih ada tokoh yang terbaik dan layak jadi PM. Jika ini terjadi saya, rasa orang UMNO patut menyokong bukan merasa cemas.

Untuk hal ini berlaku, beberapa syarat mestilah ujud dahulu. Pertama jika TRH masih UMNO, dia mestilah memimpin suatu faksi dalam UMNO. Ertinya, ada 20-30 orang MP UMNO yang mengiktiraf TRH sebagai pemimpin mereka. Dalam keadaan sekarang, amat sukar kita mencari 20-30 orang dalam UMNO yang berkiblat pada TRH. Lagi pun, UMNO presiden yang sekarang sudah tentu memadamkan kareer mana mana pemimpin UMNO yang pro TRH.

Jadi di mana TRH mempunyai 20-30 orang seperti yang di maklumatkan kepada RTC? RTC jawab, kumpulan 20-30 ini berada di luar UMNO. Di mana? Di DAP, PAS atau PKR. Jika kumpulan 20-30 ini sudah berada dalam kem yang menang, apa faedah nya dan perlu nya mereka menyokong TRH?

Kecuali lah jika TRH berpakat dengan PR meletakkan calun2 nya dalam 20-30 tempat supaya memberi TRH kekuatan moral untuk bersetuju dengan jemputan PR. Saya tidak fikir TRH akan bersetuju, jika dia hanya keseorangan dalam scenario yang di gambarkan oleh RTC.

Maka scenario yang di gambarkan oleh RTC hanya terjadi jika, TRH sebenar benar nya mempunyai kumpulan 20-30 yang bertanding dalam PRU 13. Jika mereka menang daam PRU utu, ertinya, TRH ada kekuatan 20-30 orang dan tidak terkonteng konteng di beri peluang untuk jadi PM. Tanpa ada pasukan sendiri, saya tidak fikir TRH akan terima tawaran PR untuk jadi PM walaupun menjadi PM iru di katakan, impian TRH yang tidak pernah padam. Dan apa salah nya seseorang itu tetap dengan cita cita untuk jadi PM. Apataah lagi TRH mempunyai kredibiliti dan standing serta kepabiliti untuk jadi PM.

Tapi tidakah kepentingan terpenting ialah (1) memastikan PM orang Melayu dan (2) tokoh UMNO. Dan siapa yang lebih UMNO semangat nya dari TRH pada hari ini? Negara dan orang Melayu sudah tentu akan mengecapi hasil pengalaman, kebolehan dan standing Tengku Razaleigh Hamzah. Dan saya merasakan jika lah TRH di jemput untuk jadi PM, semua orang Melayu patut menyokong nya.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.