`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 30, 2012

Don't Get Wanita UMNO involved (Jangan babitkan Wanita UMNO)



Kemelut yang melanda dari skandal National Feedlot Corporation yang mend apart perhatian umum Malaysia semenjak tiga bulan ini makin kompleks dan rumit. Ini kerana pihak yang tidak kena mengena diheret secara tidak langsung dalam mempertahankan skandal yang dalam siasatan ini.
NFC merupakan milik keluarga terdekat Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita Dato Seri Sharizat A Jalil. Apabila skandal yang dibongkarkan oleh PKR berasaskan sebahagian laporan Ketua Audit Negara, ianya cepat men dapat perhatian.
Kegagalan Pengerusi Eksekutif NFC Dato Dr Mohd Salleh “Salleh Budu” Ismail menangani persoalan dan persepsi negatif ditimbulkan dalam kadar yang segara mengakibatkan ianya menjadi makin berpanjangan dan rumit. Ianya menjadi parah apabila Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia menggunakan platform Wanita UMNO sebagai ‘Bala tentera’ untuk mempertahankan maruah beliau sebagai Menteri, walaupun isu ini ialah masalas peribadi.
Keadaan makin kronik apabila Polis kelengkapan siasatan dan pihak SPRM jugs terlibat. Dikatakan siasatan telah sampai ke pihak Peguam Negara.
Kes ini tidak menjadi isu yang menjadi minat untuk dibela walaupun oleh anggota Kabinet sendiri. Malah Perdana Menteri sendiri tidak begitu serious untuk mempertahankannya. Kredibiliti Kerajaan Pusat elah amat terjejas kerana skandal ini, sehingganya ianya menjadi liabiliti No. 1 BN seluruh negara.
Namun begitu, Wanita UMNO masih dikerah untuk ‘mempertahankan’ Sharizat dengan memberikan sokongan moral sekembali beliau dari ‘percutian’, dengan alasan membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Terbaru ialah sebaran SMS ini:
“Aslm YB/YBhg Ketua Wanita Neg2, jmptn ke Mjls Smbtn Kepulangan DS Shahrizat Abd Jalil pd 2/2 (Khamis) jam 6 ptg di KLIA dan diikuti dgn solat Maghrib dan Hajat di Masjid KLIA, Sepang, Sngor. Sila pnjgkn jmptn kpd Ketua & Naib Ketua Wanita Bhgn2 & mohon k’jasama utk m’bawa telekung sdr. Kehdrn dihargai. Tq – SUK PWUM”
Sekiranya Wanita UMNO terus diheret dalam permasalahan peribadi Sharizat ini, maka lambat laun pergerakan paling penting UMNO itu juga akan menghadapi masalah kredibiliti juga. UMNO tidak mampu untuk ‘kehilangan’ Pergerakan Wanita UMNO.
Sharizat wajar berundur dari Kabinet segera. Beliau perlu mengambil masa untuk ‘membersihkan nama’, walaupun ianya mengjangkaui PRU 13 yang disebut sebut akan menjelang. Sekiranya Sharizat dan keluarga benar benar dianiya, maka pihak yang benar akan akhirnya menyerlah.

- bigdogdotcom

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.