`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 9, 2012

Kepercayaan adalah hasil usaha, bukan di desak!




Baru2 ini saya membaca berita bahawa UMNO Kelantan akan meminta nasihat Tengku Razaleigh Hamzah menggenai usaha mereka merampas Kelantan. Kita tumpang gembira, UMNO mempunyai keyakinan seperti ini. Tapi ramai orang juga tahu, bahawa UMNO tidak ada pilihan lain kecuali bercakap besar. Jika tidak, semangat soldadu UMNO akan berkecai. Belum lagi masuk gelanggang, kita sudah tewas. 

Tapi seperti kata orang Inggeris- mungkin Dato Mustapa has bitten more than he can chew. Sesudah memberitahu satu dunia yang UMNO akan rampas semula 23 kerusi, mungkin Tok Pa berfikir- bagaimana cara nya? PAS dan para penyokong nya dan rakyat Kelantan bukan nya lembu. Bagaimana meyakinkan mereka? Bolehkah rakyat Kelantan di sogok dan di rasuah dengan pemberian RM500? 

Mana mungkin mereka akan melupakan penganiayaan kerajaan UMNO dan BN menafikan rakyat Kelantan hak keatas royalty minyak? Bayangkan apa dapat di manfaatkan jika pendapatan negeri bertambah 400-500 juta setahun diatas yang sedia ada? Kelantan akan membangun dengan pesat sebab negeri ini mempunyai asset yang termahal- rakyat yang kental semangat. Mengenai sifat keusahawanan mereka, tidak perlu di ceritakan.

Ketika mengistiharkan bahawa mereka akan merampas 23 kerusi DUN di Kelantan, adakah Perhubungan UMNO Kelantan yang di ketuai oleh Datuk Mustapha Mohamad meminta nasihat Tengku Razaleigh? 

Saya rasa tidak kerana kita juga membaca bahawa Tengku Razaleigh jarang di kehendaki hadhir di mesyuarat perhubungan. Jika saya memahami minda orang UMNO, ketika mesyuarat itu di jalankan, jika Tengku Razaleigh tidak di jemput, lagi baik. Ini cara UMNO menyelesaikan masaalah nya, mengenepikan sumber percanggahan pendapat. UMNO simply cant manage difference of opinions kecuali dengan cara bermusuhan sampai mati.

Dato Mustapha atau Tok Pa adalah seorang teknokrat yang baik. Dia kuat berkerja. Saya juga yakin, Tok Pa orang yang baik. Namun dari segi personality, tiang lampu LLN atau TNB lagi banyak personality. As a politician, Tok Pa is colorless. Kita tak tahu dia marah atau gembira. Saya pernah bertanya dengan Tok Pa- adakah dia tahu bercakap loghat Kelantan? Jika kita dengar pertuturan Tok Pa, sukar kita mengagak dia berasal dari Kelantan. Muka dia bersehaja dan begitu sahaja. Jadi bila dia kata dia berkehendakkan nasihat Tengku Razaleigh, kita tak tahu maksud dia yang sebenar. Dia benar2 hendak atau tidak? 

Adakah dia mengeluarkan kenyataan mahukan nasihat Ku Li untuk menutup kelalaian UMNO Perhubungan Kelantan memastikan orang yang mempunyai pengaruh besar di Kelantan telah TIDAK di panggil untuk mesyuarat Perhubungan? 

Masaalah di Kelantan, setiap ketua bahagian UMNO bersangkaan mereka lah pemimpin besar sehinggalah tiba hari pilihanraya. 

Tapi cuba kita kaji keadaan negeri Kelantan dan jawab sama ada teriakan Tok Pa dan UMNO Kelantan hanya omongan kosong. Saya baru sahaja balik dari Kelantan dan sempat meninjau keadaan di sana. Apa yang kita lihat?

Kita lihat sebuah masyarakat yang vibrant dan segar. Kemajuan dan pembangunan berlaku secara organic. Organic ini maksudnya, datang secara majoriti nya dari usaha dan kudrat sendiri dengan galakan kerajaan yang minima. Kerajaan negeri Kelantan mungkin hanya berjaya mengadakan pendapatan negeri sebanyak RM 400-450 juta setahun. Ini suatu jumlah yang sangat kecil. Bahkan jika di bandingkan dengan bajet sebuah university, university pun ada bajet 700-800 juta setahun. Beza nya ialah, rakyat Kelantan ada disposable income. Duit dalam tangan mereka sendiri. Pengajaran yang paling besar ialah, jika ada sesiapa yang terbaik untuk mengurus wang kita, maka sesiapa yang dimaksudkan itu ialah kita sendiri. Dengan wang boleh guna dalam tangan sendiri rakyat Kelantan telah memacu kemajuan dan pembanguan sendiri. 

Tapi ada penjaran politik yang ada disini. Dengan ada nya otonomi ekonomi, rakyat Kelantan mempunyai ruang pilihan yang lebih luas. Kepada saya ini suatu petanda besar bahawa rakyat Kelantan tidak memerlukan politik naungan sebuah pemerintah seperti UMNO untuk membangun. Orang Kelantan telah lama belajar dan tahu bahawa kerajaan hanyalah suatu wadah yang melalui nya, mereka mencapai objektif kehidupan.

Dengan otonomi ekonomi, rakyat Kelantan mampu bersetia kepada pemerintahan yang di bina di atas nilai2, diatas convictions dan diatas keyakinan. Kita yakin kepada perjuangan sebuah parti politik yang berjuang untuk suatu seruan. 

Dalam konteks ini, UMNO itu berjuang untuk apa? Seruan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu di ganti dengan perjuangan kepentingan peribadi. Kebajikan rakyat yang di laungkan oleh UMNO sebetulnya bermaksud kebajikan korporat besar. Tender di beri kepada mereka tanpa pembidaan terbuka atau melalui tender terhad. Tender terhad pun terdedah kepada pelbagai macam manipulasi dan putar belit. 

Kita mesti sedar mengenai resam UMNO. Apabila terdesak dan tergugat, maka ketika itu sahajalah UMNO bercakap mengenai perpaduan Melayu dan Islam serta kepentingan bangsa. Kita boleh menunjukkan suatu contoh yang amat mudah untuk mendedahkan hipokrasi UMNO bila bercakap mengenai bangsa Melayu.

Kalau sesebuah parti bercakap mengenai memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, pengucapan tersebut mestilah tidak bersyarat. Erti nya, kalau nak bantu Melayu, jangan mensyaratkan Melayu itu mesti Melayu UMNO. Melayu DAP pun Melayu. Melayu dalam PAS tidak syak lagi, juga orang Melayu.

Jadi bila UMNO bercakap menggenai Melayu, itu suatu pembohongan besar. Untuk mengaku mereka mewakili orang Melayu pun, UMNO sudah tidak mampu. Dalam tahun 2008, jumlah pengundi Melayu ialah 5.7 juta. Calun2 UMNO hanya mendapat 2 juta undi orang Melayu. Bererti 3.7 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.

Kenapa terjadi demikian? Sebab bila UMNO menyebut dia berjang untuk orang Melayu, rakyat tahu itu suatu pembohongan dan penipuan. UMNO hanya berjuang untuk kepentingan dan kebajikan syarikat besar dan Melayu yang terpilih. 

Kepada saya isiu nya mudah- jika UMNO benar2 berjuang untuk orang Melayu- megapa royalty minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu di nafikan? Sedangkan majoriti rakyat dalam 2 negeri tersebut adalah orang Melayu.

Jadi saya hendak ingatkan rakyat Kelantan dan Terennganu bahawa, ketika menerima BR1M sebanyak RM 500( duit rakyat punya juga) jangan lupa kepada kezaliman dan penganiayaan yang di lakukan oleh UMNO kepada rakyat Kelantan dan Terengganu. Jangan terima kepentingan jangka pendek yang bernilai RM 500 itu dengan kepentingan mendapatkan hak keatas royalty minyak. Harga masa depan anak cucu bukan RM 500!

Bolehkan kita percaya, sebuah kerajaan yang sudah pun memerteraikan perjanjian secara hitam putih, yang sekarang ini menafikan hak rakyat Kelantan dan Terengganu? 

Kepercayaan, YAB Dato Sri Presiden UMNO, adalah sesuatu yang diusahakan, bukan di desak! Trust, Mr  UMNO President, is earned not demanded!

Posted by sakmongkol AK47





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.