`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 11, 2012

SHAFIE BAKAL TERSUNGKUR, ZURAIDA BAWA SAKSI


KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan.

“Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan.
“Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

“Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan,” tegasnya.

18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. (KD)

13 comments:

  1. Hopefully the truth will be revealed after this case was investigated.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. The driver who took off with his employers RM200,000 is considered a thief, Zuraida should report him to the police.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. kita tgk saja perkembangan isu ini, kita tgk adakah benar Zuraida akan bawa saksi.

    ReplyDelete
  4. Hal ini harus disiasat dengan teliti agar tidak ada yang teraniaya.

    ReplyDelete
  5. Jika tidak berlaku sebarang hubungan antara mereka ini, tidak perlulah takut. Kebenaran pasti akan diketahui juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is not about the relationship that the people are concern about but regarding the source of money given to Zuraida.

      Delete
  6. cerita ini sengaja diperbesarkan untuk menjatuhkan Shafie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Election is just around the corner, so its no wonder that there are people trying bring down shafie.

      Delete
  7. Zuraida bawa saksi...Nampaknya isu ini masih lagi menjadi permainan Pembangkang untuk menjatuhkan Shafie Afdal. Senang cerita Khawin saja tidak lagi ada isu mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  8. Shafie semakin dalam bahaya sekarang ini. Selagi belum akan fakta selagi itulah isu ini akan terus dibangkitkan hanya demi kepentingan peribadi pihat tertentu.

    ReplyDelete
  9. The truth will be revealed, no one can escape from the truth

    ReplyDelete
  10. This scandal will be over soon with no result. A hanging case.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.