`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 9, 2012

Mahathir lwn Soros.





Kenyataan Dr Mahathir semakin hari semakin bizarre. Orang Melayu kata macam buang tebiat. Sewel, biul dan merapu. Terbaru Dr Mahathir berkata mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundi Soros dan mengundi Soros bererti penaklukan semula. Re-colonization.  

Makna nya kalau Anwar PM- maka Soros dibelakang nya. Haji Hadi, Kit Siang semua menjadi antek neo-kolonialisme. Begitu? Rakyat Malaysia yang 29 juta ini apa pula? Anak kambing? Who are you trying to kid DR Mahathir? ( kid =anak kambing). Keluarga Shahrizat anggap kita lembu. Mahathir anggap kita anak kambing. 

Siapa Soros? Kita tahu dia seorang yang kaya dan membuat pelaburan melalui beberapa syarikat milik nya terutama flagship company nya- Quantum Funds. Dia guna kekayaan nya untuk membantu pertubuhan dan gerakan2 mendapat kemerdekaan. Dia juga seorang dermawan yang terkemuka membantu rakyat yang buta huruf, kebuluran dan yang ditimpa mala petaka. 

Dr Mahathir kata dia tak bagus dan penyangak. Tapi jutaan rakyat dalam negara yang duduk dibawah pemerintah yang zalim menganggap Soros sebagai anugerah Tuhan kepada mereka.

Kepada Dr Mahathir Soros penyangak. Tapi Dr Mahathir menulis suatu surat kepada Soros dengan nada yang merayu rayu ajak berjumpa untuk menyelesaikan masaalah ekonomi secara bersama. Kalau Soros ini jahat mengapa Dr Mahathir tulis surat kepada Soros dan kemudian nya berjumpa?  Boleh jadi inilah agaknya maksud lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. Syaitan mesti kenal geng seangkatan dengan nya. 

Dan bukan sahaja Mahathir jumpa Soros- beberapa menteri Malaysia pun turut bersalaman dengan Soros. Kalau tak jumpa manakan boleh berjabat tangan? 

Apa masaalah Dr Mahathir ini sebenarnya? Siapa yang beri dia otoriti untuk menentukan orang ini baik untuk Malaysia atau tidak? Setiap hari Dr Mahathir walaupun bukan lagi PM kita, insults our intelligence. rakyat bukan wanita Kemas atau anggota RELA. Ini bukan zaman Dr Mahathir ketika informasi dan maklumat bergerak sehala sahaja- dari dia kepada kita kita. Pada masa itu, apa cakap Mahathir semesti lah benar. Sekarang keadaan berubah. Kita dapat membentuk kefahaman dan pemikiran sendiri. Kita ucap terima kasihlah kepada Dr Mahathir- tapi biarlah kita rakyat Malaysia yang buat keputusan dan putuskan fikiran. Tak perlu Dr Mahathir. kita dah beri dia 22 tahun. Apa lagi yang dia mahu? 

Dr Mahathir kata Soros jahat. Soros kata, Dr Mahathir is a menace to his own country. dan saya boleh senaraikan 1001 alasan dan keterangan untuk menyokong kenyataan Soros. Dr Mahathir pun is equally jahat punya orang. 

Kita tak tahu apa masaalah Mahathir dengan Soros. Adalah sedikit orang kenal dengan nama Soros yang Dr Mahathir kata sebagai punca krisis ekonomi dunia suatu masa dahulu. Di Malaysia, Dr Mahathir menuduh Soros sebagai punca krsis kejatuhan nilai Ringgit yang mencederakan ekonomi Malaysia suatu ketika dahulu. Tapi pada masa itu, Dr Mahathir menyalahkan apa2 sahaja didepan mata termasuk tiang lampu TNB. Tapi kita tahu punca sebenarnya ekonomi Malaysia jadi kelam kabut adalah akibat dasar2 ekonomi yang dilaksanakan oleh Dr Mahathir sendiri. Apa yang terjadi kepada Malaysia pada ketika itu adalah akibat pembetulan kuasa pasaran kepada ketamakan dan penyelewengan dasar ekonomi DR Mahathir.

Dr Mahathir yang berkelahi dengan Soros .rakyat tak tahu pun. Dr Mahathir kelahi dengan semua orang. Dia kelahi dengan Musa Hitam. Dia sabotaj Tengku Razali. Dia kencing Ghafar Baba. Dia kelahi dengan Anwar Ibrahim. kalau dia kelahi dengan satu orang, mungkin orang terima boleh jadi yang berkelahi dengan Mahathir lah yang bersalah dan jahat. Tapi kalau DR Mahathit kelahi dengan ramai orang- there must be something wrong with Dr Mahathir. sebetulnya dengan Najib pun Mahathir kelahi tapi adalah seorang dua yang mengawal Dr Mahathir. agaknya, negara akan selamat dari gangguan Mahathir bila dia sudah meninggal. 

Rakyat bukan inginkan neo kolonilisme. Rakyat mahukan keadilan dan perubahan. Rakyat menolak UMNO . itu sahaja. Tak perlulah Dr Mahathir mengaitkan gelombang kebangkitan rakyat dengan ejen2 luar negara. Dr Mahathir ni hidup dalam dunia paranoia yang berterusan atau dunia schizophrenia kah? Rakyat tidak gila, tapi mereka mahu membebaskan diri dari orang yang gila kuasa. Yang gila kuasa sekarang ialah Najib dan gerombolan UMNO.

Sekarang rakyat menolak UMNO bukan menyokong Soros. Isiu peribadi antara mereka berdua, biarlah Dr Mahathir sendiri selesaikan. Kita tak tahu pun apa yang Soros akan lakukan yang akan membawa kepada kolonisasi kepada rakyat Malaysia. Yang kita tahu ialah, pada waktu ini, gelombang kesedaran rakyat ialah menolak UMNO dan agenda parti tersebut untuk menghamba-abdikan orang Melayu dan bangsa Malaysia.  Soros ada atau tidak, rakyat tetap diatas gelombang menolak UMNO yang rasuah dan pembelot!

Agenda rakyat sekarang bukan menyokong Soros tapi menolak UMNO. Sejak tahun 1981, Dr Mahathir, lebih daripada orang lain, menerbalikkan UMNO- kaki diatas, kepala dibawah. UMNO tidak lagi dilihat sebagai wadah membawa perubahan- tapi wadah mengukuhkan kuasa golongan elit menakluk pemikiran orang Melayu. Dalam zaman Mahathir lah, orang Melayu diajar berkelahi sesama sendiri- abang lawan adik, ibu lawan ayah, adik beradik bertelagah dan benci membenci. Itulah yang agenda yang dibawa oleh UMNO Mahathir. Dalam zaman Mahathirlah, orang Melayu diajar kurang ajar terhadap agama Islam. Islam dipersenda dan diejek oleh orang Melayu sendiri. Kalau hukum Islam dijalankan, ramai rakyat Malaysia akan kudung; orang Islam tidak bercukur kerana tidak ada pisau cukur. Kalau rejam batu, maka Malaysia kehabisan batu.

Jadi, apa yang dilambangkan oleh pemerintahan UMNO ciptaan Dr Mahathir? UMNO Mahathir lah yang sebenarnya melambangkan penjajahan keatas bangsa sendiri. Penjajah lama diganti dengan penjajah baru dan kemuncak penjajahan dan penaklukan keatas bangsa Melayu dimulakan oleh Dr Mahathir. 

Malu kita terutama penyokong UMNO mahu mempertahankan kenyataan yang bizzare dan tidak masuk akal. Ini suatu lagi contoh kenyataan yang sengaja dikeluarkan untuk menakutkan orang Melayu. Macam lah UMNO sahaja yang boleh menjaga orang Melayu dan negara ini.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.