`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 6, 2012

Memahami Bajet Kungkalikung!



Bila kerajaan membentang bajet, menteri kewangan memohon kelulusan suatu jumlah wang dari kumpulan wang yang disatukan. Ertinya dia mohon duit dari kita. Cuba perhatikan- dia yang mintak wang, bukan beri wang. Bila kita minta dan mohon, kita guna bahasa yang halus. Kita tertib dan hormat. Maklum sahaja, ini bukan duit awak atau duit parti awak. Ini duit rakyat. Mintaklah dengan penuh hormat dan hormat institusi parlimen.

Kenapa dia mintak wang? Dia akan huraikan bagaimana wang itu hendak dipakai. Semua perbelanjaan mesti dinyatakan. Nak beri Kak Ros 111 juta? Kena beri tahu. Nak beri Ekovest RM 500 juta, pun kena beritahu. Nak beli kapal selam lagi? Kena beritahu. Nak beri RM 200? RM 500? Semua kena beritahu. Tak ada kelulusan, kalau pakai wang, nama nya mencri duit kerajaan. Kalau curi duit, kita tangkap dan jika thabit charge, kita hantar sungai buluh. Tahun depan, nampaknya, kita kena bina wing baru kat Sungai Buloh sebab nak sumbat ramai pemimpin UMNO kat sana.

Bukan dia beri durian runtuh kepada kita. Duit RM500, RM200, rebet, diskaun, semua dari wang rakyat. Bukan duit PM Najib, bukan duit BN dan bukan duit parti UMNO. Demikian juga, kalau PR bentang Bajet- dia orang pun mintak duit rakyat. Bukan Anwar Ibrahim punya, bukan PR yang punya.

Rakyat berhak melihat bagaimana wang mereka diperlakukan.  Sebab itu mesti ada debat. Sekarang, rakyat sudah boleh buat keputusan. Semua yang ponteng ketika Anwar Ibrahim membahas bajet Najib, pakat ramai2 jangan undi. Kita tidak mahu sokong sipengecut yang kurang cerdik.

Dia menyenaraikan plan dia bagaimana dia nak pakai duit rakyat. Ahli parlimen yang baik akan membahaskan cara duit dipakau. Baru2 ini bila menteri kewangan kita bentang bajet tapi kemudian dia lari tidak hendak berdepan dengan teguran, maka itu adalah perangai orang yang tidak bertanggung jawab. Ini sikap syaitan yang sombong dan engkar. Dia mesti jawab teguran keatas cadanganya keatas wang yang dimintak diluluskan.

 Duit yang mahu dikeluarkan ialah untuk digunakan menjalankan beberapa jenis perbelanjaan. Perbelanjaan yang kerajaan jalankan terbahagai kepada 2 jenis. Belanja mengurus dan belanja pembangunan. Belanja mengurus termasuklah perbelanjaan keatas bayar gaji, bayar elaun, faedah pinjaman, bayar untuk membeli asset mudah-alih( kereta menteri jabatan, dll)  dsb. Kemudian kita ada belanja pembangunan. Ini belanja untuk menyediakan prasarana, menjalankan projek2 dsb.

Kerajaan mengurus perbelanjaan daripada hasil yang mereka perolehi. Hasil kerajaan datang dari cukai pendapatan, cukai keatas perusahaan dan perniagaan dan hasil2 dari pelaburan. Jadi pada satu pihak kita ada perbelanjaan dan pihak lagi satu, kita ada hasil pendapatan. Kalau kita belanja lebih dari pendapatan, maka kita berada dalam bajet deficit. Kalau hasil > Pendapatan, kita ada bajet lebihan atau surplus. Ada lebihan kita boleh simpan. Kalau kurang pendapatan, kena hutang atau naikkan cukai.

Kita jangan ingat bila kerajaan belanja banyak , itu suatu perkara yang baik. Bila Najib beri RM200, RM500 tentulah itu disambut baik oleh penerima. Tapi penerima tahu itu semua gula2 untuk Najib merasuah penerima supaya menyokong BN. penerima tahu, duit itu tidak datang dengan percuma. Ia akan dibiayai oleh sesuatu- sama ada dalam bentuk kenaikan cukai atau kerajaan menambah hutang. Hutang mengenakakn kos ketas jenerasi hadapan.

Bukan macam ini kita urus bajet. Kita bukan gali sini, tutup sana. Tapi inilah yang dilakukan oleh Najib. Bajet Najib 2013, Bajet Kung Kali Kung!

Sebab itu saya telah nyatakan, hutang kerajaan sudah menjadi structural. Structural ertinya, walau bagaimanapun keadaan ekonomi, kerajaan terus belanja lebih dari pendapatan. Bila ekonomi menguncup, kerajaan akan belanja lebih. Itu dipanggil cyclical. Sama ada pinjam atau naiikan cukai. Kita boleh faham keadaan yang demikian. Kita akan lebih faham, kalau pendapatan kurang, perbelanjaan yang tidak perlu jangan dilakukan. Kita ukur baju pada badan sendiri.

Kalau ekonomi mengembang, maka keperluan untuk belanja lebih tidak ada. Lebihan pendapatan sepatutnya disimpan untuk hari2 hujan. Tapi kerajaan Najib tidak bertanggung jawab. Delam keadaan ekonomi baik pun, semasa pendapatan lebih, lebihan itu juga di balun. Membujur lalu melintang patah. Asal ada insang, mesti ikan.

Ini suatu sikap yang tidak menguntungkan negara dan mencerminkan kelemahan dalam mengurus ekonomi negara. Inilah yang kita hutang deficit yang structural. Dah jadi budaya kerajaan BN. hutang! Hutang! Balun dan balun. Rompak dan samun.

Bila kerajaan belanja lebih, kita tanya keatas apa perbelanjaan itu dilakukan? Kerajaan yang baik akan belanja kepada pembangunan. Membina kapasiti dan membina prasarana yang boleh mengembangkan ekonomi dan meningkatkan prodaktiviti.

Apa Najib buat? Tahun demi tahun, kerajaan Najib belanja lebih pada belanja mengurus dan operasi. Kenapa kita perlukan belanja mengurus dan operasi yang besar? Sebab kerajaan Najib menambahbesarkan jawatan2 yang tidak diperlukan. Antara nya, kenapa kita serapkan kakitangan RELA sebagai penjawat awam? Kenapa kita besarkan kakitangan KEMAS dan JASA? Kenapa kita ujudkan organisasi orang tengah yang bertindih yang memakan belanja banyak? Kita ada SPNB tapi kita tambah dengan PR1MA? Kenapa?

Sebahagian besar dari kakitangan ini tidak menyumbang kepada prodaktiviti ekonomi sebaliknya menambahkan kos belanja. Dan sebahagian besar dari anggota insitusi yang kita sebut tadi hanya berkerja untuk menjalankan propaganda kerajaan BN.

Jadi bila kerajaan belanja besar, melebihi pendapatan, itu bukan suatu petanda yang baik. Kalau 16 tahun berturut turut melakukan kerja tersebut, patut kita tukar pengurus negara ini dan buangkan pengurusan nya.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.