`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 7, 2012

Memahami Bajet Najib




Di satu pihak kita ada pendapatan. Datang nya dari segala macam cukai, dividend dari pelaburan, sumbangan dari syarikat milik kerajaan seperti Petronas dsb. Sebahagian besar juga  datang dari hutang. Kerajaan pun hutang jugak. Macam pelajar yang ambil PTPTN. Beza nya, mahkamah tak kejar kerajaan. Tidak ada hukuman.

Kalau mahkamah yang dikuasai oleh UMNO/BN takkan kejar mereka, apa perlu kita buat. KITA rakyatlag yang kejar dan hukum mereka dengan menggantikan UMNO/BN di Putrajaya dan sebanyak mungkin kerajaan negeri. Ajor dan kejor dia yop!

Macam mana nak tingkat kan pendapatan? Naikkan cukai. Naikkan sumbangan darida GLC dan pelaburan. Kita urus dari sudut pendapatan. Luaskan base cukai. Cukai semua orang seperti melaksanakan GST. Najib dah hint hint nak kasi GST. Mampuih kita semua. Orang atas pas pas kebawah kos dan ahkirnya, orang bawahan, rakyat miskin bayar cukai tinggi untuk menampung kehidupan kebangsawanan Najib dan geng2 dia. Setiap malam Kak Ros parti2 dan nyanyi atus pentas. Nari2 dengan Raja Shahrizal dan Mahathir Lokman.

Atau kurangkan perbelanjaan keatas item2 yang kurang penting. Belanja mengurus atau opex misalnya, apapasal terlalu besar?  Sebab bayar emolument terlalu tinggi. Sebab beli perbekalan dan khidmat terlalu tinggi. Dah tambah ramai perkerja sangat, tentulah tambahan perkerja memerlukan tambahan belanja keatas perbekalan dan khidmat.  Macam tak tahu kira pula PM Najib kita.

Pada satu pihak lagi, kita ada perbelanjaan. Bajet ialah mengurus antara pendapatan dan belanja. Pendapatan negara ialah rakyat punya. Nak guna atau belanja , kena mintak dari parlimen. Mesti dibenarkan oleh undang2 dan bil parlimen. Kalau tidak ada bill, tak dilulus undang2- itu mencuri nama nya. Itu pecah amanah. Jangan suka2 belanja ye. Itu duit kami. Parlimen jaga hak rakyat. Parlimen bukan jaga hak Najib atau hak Anwar Ibrahim.

Oleh kerana wang nya ialah wang rakyat, rakyat berhak bertanya dan menegur cara duit itu dipakai. Kalau tak baik, kalau main silap mata, kita berhak marah. Rakyat berhak marah, apabila menteri kewangan cabut lari dan tidak mahu mempertahankan bajet yang dibentangkan. Kalau duit itu dia punya, dia nak beli beratus cincin berlian ke, nak beli ratusan beg tangan, ratusan jam tangan yang termahal atau nak guna untuk shopping gila2- kita rakyat tak peduli. Ada kita kisah?

Tapi kalau rakyat punya duit, maka hak kita dan perasaan kita mesti dijaga. Pembangkang dalam parlimen – mereka semua pembangkang DYMM Agung Malaysia. Mereka pun mewakili hampir 50% pengundi popular. Kita pun nak dengar bagaimana kerajaan hari ini menangkis kritikan mereka.

Jangan cakap baket PR tak bernlai. Jangan cakap kertas diatas mana bajet PR dicetak, lagi mahal. Jangan cakap bajet kamu superior. Kalau kita takde telur nak defend bajet kita, maka yang tak berguna nya ialah bajet kita sendiri. Kalau apa yang diprint diatas kertas oleh PR tak berguna, orang akan kata, ucapan bajet Menteri  Kewangan Malaysia tak padan dengan masa-udara yang dia samun dari kita.  If PR’s bajet isn’t worth the paper its printed on- than BN’s Bajet isn’t worth the airtime stolen from us.

Kita boleh tengok, kemana aplikasi bajet yang di mintak oleh Najib. Bahagian terbesar dari pendapatan datang dari cukai pendapatan dan cukai tidak lansung. Duti keatas expot dan impot pun dikira cukai. Kerajaan juga meminjam suatu jumlah yang besar , 19% dari pendapatan.

Tapi kita tengok apa yang kerajaan lakukan keatas bajet deficit ini. sabsidi adalah suatu bahagian yang besar. Bila kerajaan beri sabsidi, harga barang atau servis yang ada sabsidi jadi murah. Gula , misalnya kalau tak ada sabsidi, harga nya jadi mahal. Bahan api atau minyak – jika kerajaan tak beri sabsidi, harga nya tentu mahal. Bila mahal, siapa yang menggunakan nya akan rasa perit. Rakyat miskin sebagai contoh yang suka makan gula, akan komplen dan marah. Pemilik motorsikal dan kereta  marah dan komplen bila harga minyak marah.

Tapi benarkah sabsidi bawak faedah kepada orang miskin? Berapa besar komponen orang miskin yang mengguna gula? Demikian juga dengan bahan api dan pembakar? Siapa yang guna nya dengan banyak? Kilang2 besar2? Pembekal bahan bakar swasta atau IPP?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.