`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 2, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 6) - in Malay



oleh: Ku Syah  

Sultan2 Perak sebelum ayahanda… (dari kiri ke kanan) – alMarhum Sultan Yussuf Izzuddin (Sultan Perak ke 32); alMarhum Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak ke 31)dan nenda (atuk) Sultan Alang Iskandar (Sultan Perak ke 30)… waktu gambar di ambil – Raja DiHilir Raja Yussuf Izzuddin, Raja Muda Raja Abdul Aziz dan Sultan Alang Iskandar…
 Sultan Idris Almutawakkil Allahi Shah bersama Raja Prempuan Muzwin sewaktu Pertabalan DiRaja Okt 1963…

Ayahandaku selaku Kolonel Kehurmat Askar Jurutera Malaysia 
 Ayahanda bersama bonda dan adinda2 melawat daerah2 disekitar perairan negeri Perak dgn bot bernama ‘Perak’
Bismillah hirRahman nirRahim…
Sudah hampir 28tahun pemergian paduka ayahandaku dari alam zahir ini… Alangkah cepatnya masa berlalu, dan tidak lama lagi, aku pula akan berjumpa semula dgn ayahandaku diBarzah… Kesemua harta dunia ditinggal, dan jasad pun di tinggal… hanya ruh yang menghadap kembali kepada siMaha Pencipta… Apakah megah dan besarnya pangkat dan keindahan duniawi… semuanya sementara, “bagaikan berteduh dibawah pohon rendang buat seketika, didalam perjalanan yang belum selesai” ., . itulah sabda Rasulullah SAW…
 Ayahanda di Istana Raja Muda, Teluk Intan (Anson), 1960, sewaktu masih Raja Muda Perak… penulis yang paling kiri bertenggek kat kerusi.
Aku nak menjawap soalan Uncleseeker, “apakah rasanya menjadi putera Sultan… sebelum dan sesudah kemangkatan paduka ayahanda engku…???” Aku amat bersyukur kepada Illahi kerana tidak membiarkan aku sesat didalam khayalan kekayaan dan kuasa sewaktu hidupnya ayahanda ku…
 Tak ingat, tapi kemungkinan bergambar di Singapura…
Memang, bak kata orang, terasa bagai ditatang minyak yang penuh… Apa kemahuan hati akan di penuhi… Segalanya orang ingin membuat aku sukahati, agar dapat balasan hajat dan restu paduka ayahanda… Mereka ingin dilihat bersama sorang Sultan, dan salah satu jalan mendekati baginda adalah melalui diriku…
 Bersama geng2 dan isteri pertama ku (Phillipa, ketiga kiri)… dgn bot laju engin Mercury 200hp…
Memang, aku bergelumang didalam duit dan ditatang tinggi… hampir2 terasa macam firaun… Segala yang aku mahu, boleh didapati… Aku tak pernah mengemas bilik ku, cuci kain baju ku, mencuci kereta ku… itu semua di kendalikan oleh pekerja2 istana… aku hanya kerah buat… Begitu juga apabila keluar ber’clubbing’… kelab2 tak boleh tutup selagi aku tak puaskan hati ku… Aku mudah sesat ditimba kekayaan…
 di luar White Elephant On The River, London…
Aku lupa, lupa segala2nya… terutamanya melupa diri… hampir2 lupa tuhan… Itulah dahsyatnya kesan kekayaan jika jiwa belum sedia… Selepas kemangkatan ayahanda, aku keluar dari Istana dan mula penghidupan yang amat berbeza… Tiada lagi mereka mengampu aku ataupun menyanjung diriku… Aku terpaksa belajar semula, hidup selaku manusia biasa, tanpa segala pemanis2 kehidupan…
 Perkawinan Isteri pertama… Nur Zulfa (Philippa)…

 Perkawinan aku…
Aku mendirikan rumahtangga, tapi tak lama… hanya 12thn, selepas itu berpisahlah kami pada tahun 2000…. Hidup makin menyepit, tetapi didalam sempit itu, aku mencari Allah, dan aku berjinak dengan ilmu Tasauf dan ingin hidup selaku orang sufiah… Aku mula mencari maksud hidup dan mengenali diri… Dah sampai tahapnya, dimana aku takkan kembali kepada penghidupan dahulu, aku telah jumpa nikmat Allah, aku inginkan ketenteraman didalam hidup… Ini lebih bermakna…
 DYMM Sultan Johor (selaku Tg Mahkota) bersama paduka ayahanda waktu kemangkatan DYTM Raja Muda Musa…
Aku diajar bersujud kepada Illahi dan mengawal al-Nafs ku… Sehingga sampai ketahap duniawi tiada lagi keindahan bagi diriku… Aku diajar agar jangan bersikap riyyak dan takkabur, bersyukur keatas segala pemberianNya walau pun sedetik air… Maka aku mahu menasihati mereka2 yang bersikap sombong agar berwaspada, dan insaf…
di dalam Istana Iskandariah bersma bonda ku dan adik2 ku…
Seketika kamu berkuasa, seketika itu juga kamu boleh mengemis… semuanya atas kehendakNya… Ingin ku mengingatkan segala pemerintah2… Allah yang memerintah, kamu yang diperintah melaksankan hukum2 Nya… Itulah amanah yang kamu menyandang di bahu kamu… Allah akan menyoal kamu sebelum kami yang lain disoal… Selepas barzah, kesemuanya kekal… Ingat, siksanya pon lama… Sanggupkah kamu menjadi bahan api Jahannam…??? Astaghafirullah al adzeem…
Postscript: telah berjumpa dan bermuzakkarrah dgn pak Habib… sesungguhnya, jika Allah naikkan kamu menjadi ketua, jika tak betul kamu memikul amanahNya, dan jika rakyat dibawah kamu mengadu kepada Allah., nescaya kamu tidak akan terlepas meniti sirratul-mustaqeem selagi kamu belum di hitung dan di adili Allah SWT…
 Kemangkatan Paduka Almarhum ayahanda Sultan Idris Shah alMarhum Afiffullah…

- Media Perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.