`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 22, 2012

BR1M UNTUK WARGA ASING DI SABAH?




MEMANG sudah dijangka, habuan bantuan BR1M yang bernilai RM500 bagi rakyat yang berpendapatan di bawah RM3000 di Sabah akan terus 'tercemar' dengan pelbagai skandal dan kes yang mencurigakan.

Daripada sistem pengagehan yang tidak 'mesra' rakyat kerana rakyat dibiarkan beratur berjam-jam dan malah ada yang terpaksa menunggu dua hari untuk memperolehi Baucer BR1M itu; ada juga kes yang lebih besar di Sabah iaitu ada rakyat asing yang mendapat bantuan tersebut.
Di Tenom sudah ada kes seumpama itu. Kehadiran seorang warga asing berbangsa Pakistan pada 19 Januari lepas di Dewan Masyarakat Seri Antenom, untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menimbulkan keresahan ratusan penerima tempatan.

“Kenapa dia berada di sini,” demikian rata-rata persoalan yang mendorong siasatan dilakukan oleh pasukan keselamatan daerah itu.

Bagaimanapun beliau dibenarkan berbaris selepas menunjukkan MyKad, yang nilainya sama seperti yang dimiliki oleh rakyat tempatan.

Sekumpulan pemimpin tempatan berbisik tidak jauh daripada lokasi itu yang kedengaran berkata; “Apa sudah jadi dengan negeri kita?”

Aktiviti penerima bantuan ini ialah penjaja kain ke kampung-kampung serta ais krim di Tenom, yang asalnya berada di daerah itu sebagai pelawat (memiliki visa pelancong).

Di Keningau keadaan serupa terjadi apabila ratusan warga asing yang memiliki MyKad berduyun-duyun untuk menerima bantuan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.