`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 22, 2012

KAUNTER BR1M DIBUKA DI KUAMUT




SANDAKAN : Pergerakan Komulakan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Bahagian Kinabatangan membuka kaunter pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dalam usaha mengesan penduduk pedalaman kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut, yang layak menerima bantuan itu.

Setiausaha Kerja DUN Kuamut, Willy Frous Darinsok berkata pendekatan itu dijalankan bagi memudahkan penduduk yang tinggal jauh dari Pejabat Daerah Tongod untuk mendaftar sekali gus menerima bantuan yang disalur kerajaan.
"Seramai 2,000 penduduk akan mendaftar termasuk golongan belia yang masih bujang dan berusia lebih 21 tahun dan mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 layak untuk mendaftar," katanya selepas menerima borang BR1M 2.0 daripada pegawai LHDN Cawangan Sandakan, di Pejabat Daerah Tongod, dekat sini, Rabu.

Katanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Sandakan telah menyerahkan sebanyak 2,000 keping borang permohohan BR1M 2.0 kepada Pergerakan Komulakan bahagian tersebut dan ia akan diedarkan melalui lima kaunter pendaftaran yang akan dibuka secara berperingkat di DUN Kuamut.

Beliau berkata kaunter tersebut akan dibuka di beberapa kawasan termasuk Zon Penangah pada 26 Nov ini, Zon Menanam (27 Nov), Zon Karamuak (28 Nov), manakala di Kampung Inarad dan Kampung Kuamut, masing-masing pada 1 Dis dan 5 Dis depan.

Justeru, individu yang memenuhi kriteria tersebut disarankan agar tampil ke kaunter pendaftaran yang disediakan untuk mengisi borang permohonan, tambah beliau. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.