`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, November 23, 2012

PPM TAHAN 11 LELAKI ASING



RAMPAS.....Selepas menahan sebuah jongkong di perairan Pantai Sinakut Sahabat 16, seorang anggota polis menunjukkan jongkong yang turut dirampas dalam serbuan itu.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin Daerah Lahad Datu menahan 11 lelaki pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina selepas berjaya menahan sebuah jongkong, 54 batu nautika daripada Bandar Lahad Datu, lewat malam Selasa lalu.

Timbalan Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Superitendan Wan Shazali Wan Abd Rahman, berkata berdasarkan maklumat risikan pada jam 12.30 malam, sepasukan empat anggota yang diketuai oleh KPL Othman Abdul Rahim yang menjalankan Ops Gelora dengan menggunakan bot ronda PSC 51 telah berjaya menahan sebuah bot jongkong berukuran 40 kaki panjang dan 6 kaki lebar di kawasan Pantai Sinakut Sahabat 16.
“Pemeriksaan lanjut ke atas bot itu mendapati seramai sembilan penumpang berumur 17 hingga 52 tahun bersama seorang juragan berumur 37 tahun dan seorang awak-awak berusia 15 tahun tidak memiliki sebarang keterangan diri ke atas semua mereka.

“Pada masa pemeriksaan, jongkong itu juga didapati sedang dalam proses menurunkan kesemua penumpang di pantai berhampiran, namun atas tindakan pantas yang diambil oleh anggota bertugas kesemua mereka kemudiannya berjaya ditahan,” katanya dalam satu sidang media di bilik mesyuarat PPM, di sini, kelmarin.

Shazali berkata, adalah dipercayai jongkong serta kesemua penumpang yang ditahan cuba menyusup masuk dari negara jiran ke kawasan Lahad Datu.

“Kesemua yang ditahan kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Cenderawasi untuk tindakan lanjut, dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai diharapkan sentiasa membantu pihak polis dalam memaklumkan atau melaporkan apa juga kegiatan yang berunsur jenayah terutamanya dalam membendung kemasukan PTI ke negeri ini.

“Seperti kita sedia maklum, Lahad Datu sememangnya mempunyai kawasan pantai yang luas, maka kegiatan penyeludupan adalah salah satu kegiatan yang sering berlaku di perairan ini.

“Oleh itu, saya amat mengharapakan kerjasama daripada orang ramai supaya sentiasa membantu polis dalam melakukan pencegahan dan membendung kemasukan PTI di daerah ini,” katanya. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.