`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 20, 2012

PPR LUPAK MELUAS HANYA SANDIWARA LINDA?




Saudara Pengarang,

SAYA mengambil kesempatan untuk mengulas sandiwara Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin berhubung penafian beliau melalui artikel bertajuk 'Janji Ditepati, PPPR LupakMeluas Ikut Jadual'.

Persoalannya, kenapa baru sekarang slogan 'Janji Ditepati' dikumandangkan dan projek ini beria-ia mahu dilaksanakan ketika Sabah di ambang Pilihanraya Umum ke 13?
Jika benar Linda, Adun Sekong dan Kerajaan BN ikhlas kepada rakyat, bukan hanya untuk menyenangkan hati rakyat Batu Sapi, khususnya di Lupak Meluas melalui pintomin 'Memancing UNDI!'

Saya mencabar Linda supaya mengisytiharkan bahawa apabila siap kelak, Projek Perumahan Rakyat ini diberi secara PERCUMA kepada masyarakat Lupak Meluas yang selama ini dizalimi seperti Pendatang Asing kerana walaupun kawasan berkenaan telah diwartakan sebagai Rizab Kampung, tetapi telah dirampas untuk projek yang hanya menguntungkan kroni.

Akibatnya penduduk asal Lupak Meluas terpaksa merempat di sana sini mendirikan pondok seperti kandang ayam kerana bimbang dirobohkan setelah beberapa kali dizalimi Adun Sekong yang tidak membela mereka ketika pondok sementara mereka diroboh perampas tanah adat.

Jika kami (Pakatan Rakyat) menghulurkan bantuan, Adun Sekong mengecap mereka sebagai penyokong pembangkang sedangkan mereka hidup mati dalam UMNO dan kami menghulurkan bantuan atas dasar peri kemanusiaan.

Memang amat memalukan apabila Adun Sekong @ Si Umang-Umang menyampaikan zing dan bantuan kepada PATI yang mendapat kerakyatan songsang di hadapan ahli UMNO warga tempatan yang mengadu kepada kami bahawa rumah mereka diroboh oleh perampas tanah dengan saguhati RM3,000 sahaja.

Apalah yang boleh dilakukan dengan RM3,000 sedangkan kos untuk menyara gundiknya sahaja lebih RM60,000 sebulan?

Berbalik kepada kes PPR Lupak Meluas, Linda dan Adun Sekong hendaklah memastikan rakyat Lupak Meluas diberi kemudahan rumah percuma kerana mereka berhak mendapat tapak rumah dan membina rumah sendiri jika tidak dikhianati oleh Kerajaan BN yang menabur segunung janji; termasuk merampas tanah adat di pesisir pantai dan menyerahkan kepada konglomerat yang boleh menawarkan mereka wang dan habuan.

Jangan nanti, setelah PPR Lupak Meluas siap, hanya orang yang terpilih sahaja, iaitu PATI atau yang seangkatan dengan Adun Sekong dibenarkan masuk dan penduduk asal Lupak Meluas dipaksa menyewa rumah berkenaan yang dibina secara percuma seperti yang di Taman Mesra, Jalan Labuk, Batu 4, Sandakan.

Untuk makluman rakyat Sabah, setahu saya, Projek PPR ini telahpun dirancang ketika era PBS lagi iaitu semasa Datuk Nahalan Damsal menjadi Adun Sekong sehingga kawasan berkenaan dinamakan Kampung Datuk Nahlan dan diteruskan oleh Mendiang Datuk Edmund Chung Ket Wah iaitu suami kepada Datin Linda yang kini sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi.

Namun sehingga kini, projek ini masih juga tergendala. Kenyataan bahawa pada permulaan projek, mereka terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang berkaitan dengan asas bangunan dan dengan kerjasama pihak-pihak yang terlibat, masalah berkenaan dapat diselesaikan juga merupakan satu lagi 'pembohongan BN.

Jika benar, kenapa memerlukan masa antara 10 sehingga 15 tahun untuk menyelesaikan isu remeh temeh ini dan mengambil masa hampir tiga tahun selepas Pilihanraya Kecil dan baru beberapa bulan lalu mula merangkak setelah papantanda yang dipasang telah lusuh.

Kita akui, memang benar projek sedang dilaksanakan sejak beberapa bulan lepas, tetapi seperti iklan biskut 'sekejap ada, sekejap tiada'; semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Batu Sapi.

Salam Hormat,

ZAINUDDIN HASSAN
Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.