`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 7, 2012

AHLI POLITIK ASLI Vs JADI-JADIAN DI SEMPORNA





Oleh: SHAIMON S JUMADI

TERDAPAT beberapa orang yang bersedia menawarkan diri menjadi pemimpin dan bakal bergelar Yang Berhormat (YB) jika menang dalam PRU-13, tetapi ada di antara mereka tidak mempunyai hati yang tabah serta kesabaran yang jitu dalam mengharungi liku-liku perjuangan di persada politik tanah air.

Malangnya ada di antara mereka tidak mahu menerima teguran, malah terus melenting apabila saya menyorot senario politik Semporna melalui artikel 'Mampukah PKR Tewaskan Shafie Di Semporna?' pada 5 Disember 2012 lalu yang disiarkan di Sabahkini.Net.
Natijahnya, kelmarin saya menerima beberapa panggilan telefon dari Semporna yang tidak mahu memperkenalkan diri mereka, sebaliknya menggertak dan mendakwa saya membuat berita itu berbaur hasutan dan melaga-lagakan antara Nazmahati Walli dengan Dr Zamri Abdul Habi; dua tokoh yang bersaing untuk menjadi calon PKR menentang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada PRU-13 di Parlimen Semporna.

Dalam berita yang saya tulis, menyatakan perjuangan Nazmahwati yang sudah lama dalam PKR; bukan sahaja mengorbankan seluruh tenaga, bahkan banyak wang ringgit dibelanjakan untuk menawan hati rakyat di Semporna; harus diambil kira dari semua sudut perjuangannya oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan Negeri.

Kalau Nazmah yang menjadi ahli politik sepenuh masa mempunyai cita-cita untuk menawarkan diri bertanding pada PRU 13 melawan Shafie, maka sewajarnya diberikan peluang bagi mencoba keupayaannya bertarung dengan 'Gergasi Semporna' kerana kalah menang adat perjuangan.

Sementara Ahli Politik bermusim atau 'Jadi-Jadian' seperti Dr Zamri boleh bertanding di kerusi DUN Sulabayan atau Senallang atau Bugaya bagi mengelak perebutan kerusi dan sabotaj di antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai hala tuju untuk menumbangkan calon-calon BN/UMNO pada PRU 13 nanti.

Secara jujur saya katakan, PKR di Cabang Semporna memang telah lama berkonflik dan berlaku tikam menikam antara satu sama lain; antara Ahli Politik 'Asli' dengan Ahli Politik Jadi-Jadian sehingga berpuak-puak dan terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Tahir Ariffen, Kumpulan Nazmahwati dan Kumpulan Dr Zamri.

Selama tiga bulan pemerhatian saya di Semporna, tiga puak ini tidak pernah bersatu; malah saling bersaing mengadakan ceramah politik pada hari yang sama, tetapi di tempat yang berlainan demi untuk menunjukkan pengaruh masing-masing; sehingga membingungkan saya mahu memilih lokasi untuk membuat liputan.

Tidak keterlaluan saya katakan, Dr Zamri dan Tahir agak sombong berbanding dengan Nazmahwati yang sering menghubungi saya setiap kali ada aktiviti sehingga saya berkempatan melawat ke kawasan perkampungan di persisiran pantai dan kepulauan yang terpinggir dari arus perdana pembangunan negara sekalipun mempunyai dua menteri penuh.

Pada hemat saya, jika mereka berhasrat untuk menumbangkan BN/UMNO di Semporna, mereka hendaklah menerima hakikat untuk bersatu dan sehaluan dengan menyingkirkan sikap berpuak-puak serta meningkatkan azam dengan nawaitu yang sama; iaitu untuk menumbangkan Shafie Apdal, Nasir Sakaran, Ramlie Marhaban dan Hj Herman, malah sesiapa sahaja yang diturunkan BN pada PRU-13.

Saya tidak bermasksud untuk mengajar ketam berjalan lurus, malah sekadar melontarkan pandangan ikhlas saya sebagai wartawan yang sudah hampir 36 tahun menghidu betapa haring dan hancingnya dunia politik Sabah, iaitu sejak di zaman kerajaan BERJAYA lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.