`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 7, 2012

BUMIPUTERA ISLAM SABAH DIBUNUH?




SENGIT......Perlawanan 8 Vs 8 PRU 13 Negeri Sabah

Oleh : ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH

SENARIO Politik Sabah agak tercemar dengan terkuburnya USNO dan terus dikekang untuk tidak diluluskan dan dibolehkan menyertai pilihanraya pada PRU13.

Naib Presiden Penaja USNO, Abdullah Sani Hj Abdul Salleh amat mengharapkan sistem demokrasi di Negara ini dipulihkan semula dengan membenarkan masyarakat Islam di Sabah mempunyai pilihan untuk menentukan masa depan mereka.
Adalah sangat tidak adil jika rakyat Sabah tidak diberikan pilihan atau altenatif menyertai pilihanraya ini dengan tidak meluluskan Parti USNO dan membenarkannya untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13.

Terdapat 15 parti politik akan bertanding di Sabah setakat ini yang telah dikenal pasti dan hampir pasti untuk menyertai pilihanraya berkenaan di samping 3 badan NGO Politik yang bakal menyertai pertandingan itu UBF, APS dan PPS.

USNO yang telah mengisytiharkan keputusan untuk menyertai pilihanraya serta bertanding pada PRU 13 bakal menurunkan calon-calonnya di kawasan majoriti Bumiputera Islam; walaupun terpaksa menggunakan logo bebas dan bergerak atas semangat Perjuangan Parti Kemerdekaan Sabah iaitu USNO.

USNO juga telah memohon kepada SPR secara Rasmi untuk menggunakan Logo sendiri sementara menunggu kelulusan jika parti itu masih belum diluluskan hingga PRU13.

USNO beranggapan bahawa masa depan bumiputera Islam di negeri ini hendak dibunuh dan dilenyapkan dalam arena politik negara, wal hal Bumiputera Islam Sabah adalah pendokong Kemerdekaan Malaysia 50 tahun dahulu.

BN dengan 8 komponen di Sabah kesemuanya memiliki parti sendiri, baik parti parti Politik dari semanjung iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan di samping PBS, PBRS, UPKO dan LDP. Namum umum sedia maklum bahawa Sabah Base Party ini hanya diwakili oleh Bumiputera Bukan Islam dan China.

Sementara di pihak Pembangkang pula Pakatan Rakyat yang berasal dari Semangjung Malaysia terdiri dari PKR, DAP dan PAS akan berkerjasama dengan Parti Pembangkang Cina dari Sabah iaitu SAPP.

Terdapat satu Parti Politik dari Sarawak Base yang dipimpin oleh Bumiputera bukan Islam iaitu STAR di mana parti ini akan bertanding pada PRU13 di Negeri Sabah.

Dengan kedudukan ini jelas menunjukan bahawa Masyarakat Melayu, China, India, Kadazan, Dusun, Murut serta Sarawak bebas menyertai PRU 13 di Sabah tidak kira mereka dari Semanjung Malaysia atau dari Sabah dan Sarawak.

Namum amat malang bagi masyarakat Islam Sabah yang tidak mempunyai landasan perjuangan mereka sendiri dan nampaknya tersepit dan teraniaya bagi menyertai pilihanraya PRU13 secara adil dan saksama.

Jesteru itu USNO memohon dan mendesak kerajaan Barisan Nasional dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia supaya meluluskan segera Parti USNO bagi memberi keadilan kepada masyarakat Islam di Negeri Sabah memilih wakil mereka di dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Malaysia.

Bagi maksud PRU13 di Sabah, nampaknya dua kumpulan NGO dari Negeri Sabah yang dikenali sebagai PPS (Pertubuhan Perubahan Sabah) dan APS (Angkatan Perubahan Sabah) telah memutuskan untuk menyertai pilihanraya dan menggunakan Logo PKR kerana kekangan yang sama terhadap parti yang mereka daftarkan.

PRU ke 13 di Sabah akan dilihat sebagai pertarungan 8 komponen BN Vs 8 Komponen Pembangkang di samping Calon-calon USNO yang bakal menggunakan logo Bebas jika masih tidak dibenarkan menggunakan logo mereka sendiri dan akan menumpukan serta menurunkan calon mereka di kawasan Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.