`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 23, 2012

BANDAR LESTARI IMPIAN PENDUDUK BEAUFORT




SAKSI.....Azizah diriringi Mohd Zikay (berdiri kiri) dan Aminuddin (berdiri kanan) menyaksikan Wong (kanan) dan Anuar menandatangani MoU antara MDB dan Zikay Group (Sabah) Sdn Bhd.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun berharap cadangan mewujudkan satu bandar baru di sini dirancang secara teratur agar menjadi sebuah bandar menepati keperluan semasa penduduk di sini.

“Apa yang lebih menarik, melalui pembangunan ini nanti kita amat berharap akan dapat menjadi bandar yang lestari dengan pembangunan dirancang secara teratur agar dapat memberi manfaat kepada penduduk di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Majlis Daerah Beaufort (MDB) dengan Zikay Group (Sabah) Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat MDB, di sini kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Beaufort merangkap pengerusi MDB, Wong Foo Tin; Pengarah Urusan Kumpulan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim; Pengarah Eksekutif Kumpulan Zikay, Iszhar Ibrahim; Pemimpin Kemajuan Rakyat Membakut, Aminuddin Yakop selaku wakil Adun Membakut Mohd Ariffin Arif; Pegawai Eksekutif MDB, Kusnadi Munawir; Pengarah Urusan Zikay Group (Sabah) Sdn Bhd, Anuar Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Zikay Group (Sabah) Sdn Bhd, Joifin Mohd Dun.

Pada majlis itu, Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna menyaksikan Wong bagi pihak MDB dan Anuar dari Zikay Sabah menandatangani MoU itu.

Beliau berkata cadangan pembangunan bandar baru itu merupakan satu perkembangan positif sejajar dengan kepesatan pembangunan daerah Beaufort yang ada pada masa kini.

“Perubahan ini sekaligus dapat menyumbang kepada perkembangan dan merancakkan kegiatan ekonomi di daerah ini. Saya yakin akan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk di sini dan dengan adanya peluang-peluang seperti ini sudah tentu dapat menghalang penghijrahan penduduk ke tempat lain,” katanya sambil menenkankan keperluan rumah mampu milik perlu diberi perhatian.

“Dan kita juga berharap rumah mampu milik yang sekian lama dinantikan penduduk juga akan dapat dibina melalui pembangunan bandar ini kelak,” katanya.

Sementara itu Anuar dalam taklimatnya berkata cadangan bandar baru itu akan dibina pada tanah berkeluasan 200 ekar di kawasan Selangon iaitu kira-kira lapan kilometer dari Pekan Beaufort.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.