`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 13, 2012

BANGUNLAH UNTUK SABAH!


Oleh : PATHLYN LEOSIE MIKAT

”BANGUNLAH Untuk Sabah!'' Siapakah yang harus bangun untuk Sabah? Sudah tentulah kita yang ada pada hari ini sebagai pelapis generasi masa akan datang. Sekiranya kita bakal gagal di akhir perjuangan kita nanti, apa yang saya percaya dan yakin ialah kita mesti dan tetap akan meneruskan perjuangan kita, bak kata pepatah ''bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.'' SAPP, pasti boleh!

Saya yakin sekali, 'pengangguran' bukanlah sesuatu yang asing lagi dan begitu hangat sekali diperkatakan oleh pelbagai pihak dan melibatkan semua peringkat umur terutamanya golongan belia.
Isu pengangguran merupakan fenomena yang tidak pernah selesai sejak dahulu lagi. Pada tahun 2000, kadar pengangguran di Sabah ialah 5.6 peratus dan merupakan kadar yang tertinggi di Malaysia pada ketika itu.

Ramai pihak yang membuat andaian bahawa warga belia itu sendiri yang malas dan terlalu memilih kerjaya dan ada pula pihak yang membuat dakwaan sekiranya ada warga belia yang lemah dalam pelajaran.

Saya amat kesal dengan semua spekulasi ini. Saya juga pernah menjalani status seorang pelajar dan apa yang saya dapat simpulkan adalah akademik atau pendidikan di Sabah sudahpun meningkat dengan baik sekali sejak 10 tahun yang lalu.

Namun, adakah mereka ini ditawarkan peluang pekerjaan yang memang sejajar dengan kelulusan mereka? Layakkah seorang mahasiswi atau mahasiswa yang telahpun menamatkan pengajian, mereka hanya layak bekerja sebagai buruh sahaja? Saya percaya anda lebih tahu akan jawapannya.

Sabah yang ada pada hari ini, amat jauh ketinggalan dari sudut pendidikan, pembangunan, infrastruktur, ekonnmi dan juga taraf hidup. Kalau bercerita tentang politik di negeri Sabah, ia boleh dikatakan stabil dengan penguasaan majoriti parti kerajaan yang memerintah iaitu Barisan Nasional (BN).

Sabah juga terkenal dengan sumber asli dan hasil bumi yang mampu menjana ekonominya, dan sudah tentu mampu menyumbang kepada penawaran pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kemajuan pembangunan Sabah lebih banyak tertumpu di kawasan sekitar Bandar Kota Kinabalu sahaja yang kita percaya mampu membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada golongan muda-mudi.

Bagaimanapun, bangunan baru yang muncul telah membuka pintu rezeki kepada PATI yang berselerak menghuni berbekalkan 'Kad Pengenalan Projek' tanpa rasa takut, seolah-olah Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini milik mereka.

Saya yakin sekali anda semua pernah mendengar akan kisah adik Norikoh Saliwa yang berumur 16 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang amat tragis di daerah Kota Marudu.

Siapkah beliau yang sebenarnya? Mendiang merupakan seorang gadis yang menjadi mangsa kekejaman warga asing Pakistan, yang membuka perniagaan di daerah Kota Marudu.

Bukalah minda, bukalah hati dan bukalah mata. Tragedi yang menimpa adik Norikoh Saliwa merupakan satu bukti yang amat kuat dan kukuh sekali, kerana kebanjiran warga asing memang mengugat kedudukan warga tempatan.

Sepanjang kejadian ini, memang tidak dinafikan berlakunya pelbagai tuduhan dan kutukan pelbagai pihak, malah aktiviti pergerakan yang dilakukan oleh Parti SAPP pada 9 Disember 2012 yang lalu juga mendapat tindak balas pro dan kontra.

Apa yang saya ingin saya sampaikan, kita tidak boleh mudah gentar dan takut untuk membela sesiapa yang tidak bersalah dan juga segala kata cacian yang dilontar haruslah dijadikan sebagai kata-kata semangat kita untuk berjuang.

Dari sudut ekonomi, pada tahun 1970, negeri Sabah merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita di belakang Selangor (termasuk Kuala Lumpur). Dengan keluasan tanah 73,610 km persegi, Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut.

Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi 30 peratus. Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri Sabah.

Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini. Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada eksport komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis. Sektor pengekspotan membentuk 70 peratus daripada jumlah pengeluaran.

Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia. Selain daripada sektor kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi negeri Sabah. Walaupun kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin dalam kalangan negeri-negeri Malaysia.

Pendapatan puratanya pada sekarang adalah dalam kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.

Sebahagian daripada masalah ini ialah pembahagian yang tidak adil dan saksama. Perairan Sabah yang penuh dengan hasil petroleum disedut, tetapi royalti minyak untuk Sabah hanyalah 5%. Perjanjian yang tidak adil dan berat sebelah serta menguntungkan pihak lain.

Rakyat Sabah dibohongi dengan penyataan yang tidak tepat yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin Parti kerajaan, sebagai contoh, ''jalanraya di Sabah masih setaraf dengan di Semenanjung.''

Namun, hakikatnya jauh panggang dari api. Jalanraya kita di Sabah masih di tahap lama, seolah-olah nyawa orang Sabah tiada harga. Sabah yang telah kehilangan hasil negeri akibat salah urus beberapa kerajaan negeri yang lalu, akhirnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan persekutuan untuk membangunkan prasarana sekalipun hanya sedikit sahaja disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Sabah kerana sejumlah besar dibelanjakan oleh sebuah kementerian yang mempunyai kuasa autonomi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Namun, kata pepatah, ''hati gajah sama dilapah, dan hati nyamuk sama dicecah,'' tidak berlaku dalam hubungannya dengan kerajaan persekutuan yang masih curiga untuk membenarkan Sabah berdiri sebagai kuasa 'autonomi' sejajar menghormati 20 Perkara.

Setelah menjahanamkan politik Sabah dengan projek X-Files ''Pendatang Asing Tanpa Izin'' dengan merekrut golongan ini dengan kadar yang tidak kecil. Warga Pakistan dengan perniagaan kedai Runcit, bagaikan cendawan yang tumbuh dengan cepat dan banyak akibat dengan kesuburan tanah Sabah itu, bangsa Bugis dengan pernigaan Bas Mini, Bengkel, Kedai Tayar, Kedai Dobi, Pendawaian Elektrik rumah, tukang paip, dan bangsa Filipina dengan rokok haram dan sektor pembinaan.

Perkara ini saya tidak berkata sesuka hati, tetapi ia benar-benar berlaku, wahai rakyat sejati Sabah, Kita harus bangun sekarang. Bangunlah, Untuk Sabah! Menggalakkan warga asing untuk memasuki Sabah dan menelan sebahagian besar ekonomi negeri kita sememangnya menggugat kedudukan kita.

Atau kita kena mengorbankan beberapa lagi Norikoh barulah kita menyessal dan saya pasti, pada ketika itu kita sememangnya sudah terlambat untuk bertindak. Hadirin dan hadirat sekalian, inilah waktunya yang kita harus dan mesti bangun!

Para pemimpin Sabah harus bangun dan berani untuk berkata tidak kepada PATI yang menjadi liabiliti dan menyingkirikan mereka daripada bumi ini kerana jika tidak dikawal, mereka akan kehilangan pengaruh kerana kesetiaan pemegang kad pengenalan projek ini masih kepada negara asal mereka sekalipun mula mahir menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Saya percaya sekiranya kita barsatu hati, kita dapat membendung hal ini daipada berlarutan dan menjadi lebih parah lagi. Kita sebagai tonggak pelapis generasi akan datang haruslah sentiasa bersedia dengan segala dugaan, kalau bukan kita, siapakah lagi yang harus mempertahankan maruah dan bumi tercinta kita Sabah. Ayuh bangunlah! Untuk Sabah. Sekian daripada saya, terima kasih dan salam hormat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.