`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 13, 2012

GELARAN DATUK TIDAK BERI MAKNA




SEMALAM berita pelawak veteran terkenal, Yahya Sulung dihalau keluar dari rumah sewanya tersebar angkara tidak membayar tunggakan sewa rumah sebanyak RM868. Hari ini pula keluar satu kenyataan dalam akhbar Kosmo dari isteri Yahya Sulung menafikan mereka diusir oleh DBKL. Siapa yang berlakon di sini aku pun tak tau, sama ada Yahya Sulung atau DBKL?

Mungkin benar Yahya Sulung dan isterinya dihalau keluar atau tidak itu tak patut dipersoalkan.
Yang benarnya bukan setakat pelakon veteran ini sahaja yang mengalami nasib malang akibat kesempitan hidup dan keuzuran, mungkin lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang susah dan senasib dengan Yahya Sulung.

Sepatutnya isu rakyat merempat atau susah tak kedengaran lagi dalam konteks negara yang dikatakan sudah maju. Yang pelik kerajaan Malaysia berlumba lumba memberi sumbangan atau dana kepada rakyat susah di luar negara tetapi dalam masa yang sama mereka lupa rakyat sendiri pun ada yang merempat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Cuma Yahya Sulung bernasib baik kerana beliau ada nama. Bila isu beliau tersebar semua ambil perhatian untuk membela beliau, sehingga DBKL yang dikatakan menghalau pelakon ini terkena tempias kerana laporan awal konon menghalau Yahya Sulung dan isteri.

Aku percaya lepas ini Pacik Yahya Sulung dan isteri akan terbela ...akan berebut sana sini puak-puak berkepentingan menghulurkan bantuan.

Setakat ini berita yang saya terima ialah Ahli Parlimen Batu saudara Tian Chua telah datang menziarah pelakon veteran ini.
Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial, instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga oleh Pak Yahya Sulung.

Dan kita tunggu dari Presiden karyawan Zed Zaidi apakah peranan persatuan itu dalam membela nasib artis di Malaysia dan kepada Baitulmal serta zakat di manakah anda dalam isu ini?

Yang menghairankan saya ada juga yang berpangkat Datuk dan Datin merempat kerana kesusahan hidup. Maknanya gelaran Datuk dan Datin cuma sekadar penyedap pada nama tapi tak memberi apa-apa makna. Saya cukup simpati pada kedua mereka..... (BATU Vs KAYU)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.