`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 24, 2012

HOSPITAL LAHAD DATU, KLINIK PAKAR 'MENIPU'?



HILUX.......Pesakit (adik saya-bertudung merah) terpaksa menaiki Hilux kerana ketiadaan Ambulan.

Oleh : MUTALIB M.D

SETELAH beroperasi selama 10 tahun, Hospital Lahad Datu yang diberi status Hospital Pakar setelah layak memiliki MS ISO 9001:2000; hanya gah pada nama tetapi sinonim dengan 'Hospital Pakar Menipu' setelah membazirkan wang pembayar cukai sejumlah lebih RM200 juta.

Bangunan yang dibina pada 1999 dan mula beroperasi pada April 2002, masih ketiadaan pelbagai pakar seperti Pakar Orhtopedik, Pakar Mata, Pakar X-Ray, Pakar Penyakit Kanser, Pakar ENT dan sebagainya menyebabkan Hospital Lahad Datu hanya setaraf dengan Klinik Desa Ulu Tomani, Tenom.
Hospital yang dikenali sebagai Anne Hospital sekitar 60'an; yang berkapasiti 268 katil, bukan sahaja mengalami krisis tenaga pakar yang serius; malah kebanyakan bangunan dan wad yang memiliki peralatan canggih seperti CT Scan masih dihuni 'Makhluk Halus' kerana belum diguna pakai sepenuhnya akibat ketiadaan pakar.

Walaupun Hospital Pakar ini ditadbir urus dengan baik oleh rakyat tempatan; terutama Dr Tan Hee Ting; namun apa yang mampu beliau lakukan jika Hospital ini ketiadaan doktor yang benar-benar pakar; malah terpaksa menggunakan khidmat doktor pakar yang diimport dari luar negara.

'Doktor Import' di Hospital Lahad Datu bukan sahaja mengalami masalah komunikasi kerana tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris; malah tidak mempunyai 'know how' dan tidak tahu menggunakan peralatan canggih yang disediakan untuk hospital ini.

KASIHAN.....Kenapa adik saya harus menerima layanan sebegini rupa sedangkan Ambulan Hospital Lahad Datu tercanggih di Malaysia?

TERIMA KASIH....... Pesakit, suami (baju biru) dan pengiring (tengah) merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Tan Hee Ting (tiada dalam gambar) dan Juru Rawat Pengiring, Suryani kerana prihatin membantu memudahkan urusan perpindahan pesakit.

Walaupun Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berasal dari Sabah; namun kiblat beliau lebih menjurus ke Semenanjung dan Papar sehingga semua hospital di Sabah mengalami pelbagai masalah termasuk ketandusan doktor pakar dan prasarana.

Persoalannya, apakah semua Hospital Pakar di Sabah hanya layak mendapat khidmat 'Doktor Haiwan' dan bukannya Doktor Pakar untuk manusia yang selama ini tidak jemu memberi undi sekalipun terus ditipu dan menjadi mangsa tipu oleh Wakil Rakyat BN yang gemar melahirkan janji palsu di katil bersalin atau katil pesakit.

Contoh terbaru ialah insiden yang menimpa adik saya sendiri yang 'Disahkan' mengidap penyakit kanser setelah Hospital Lahad Datu menghantar sampel ketubuhan ke Klinikpath untuk pemeriksaan lanjut.

Namun oleh kerana tidak ada Doktor Pakar Kanser di Hospital Lahad Datu, maka adik saya terpaksa diterbangkan ke Hospital Likas di Kota Kinabalu untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Mungkin anda tidak percaya kerana di Hospital Lahad Datu yang serba canggih ini kekurangan Ambulan, sehingga adik saya terpaksa menaiki 'Hiluk' yang digunakan sebagai kenderaan memasuki ladang; untuk menghantar beliau ke Lapangan Terbang Lahad Datu.

Entah kenapa Hospital Lahad Datu enggan menanggung kos perpindahan adik saya dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Likas; sedangkan mereka yang mencadangkan pemindahan adik saya untuk mendapatkan rawatan lanjut; sehinggalah Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr Tan Hee Ting campur tangan.

Tidak cukup dengan itu, adik saya yang sedang mengandung lapan bulan dan tidak boleh berjalan kerana komplikasi kanser; terpaksa bersusah payah menaiki tangga kapal terbang ATR yang terlalu sempit kerana hanya itulah satu-satunya jenis kapal terbang yang boleh mendarat di Lapangan Terbang Lahad Terbang Lahad Datu yang semakin antik.

ANTIK......Walaupun kapal terbang ATR masih baru, namun lapangan terbang Lahad Datu sudah layak dikategorikan sebagai antik.

Mungkin semua Wakil Rakyat Lahad Datu termasuk Ahli Parlimennya, Haji Salleh Kalbi dan ADUNnya, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur terlalu sibuk berpolitik sehingga mereke lupa tugas mereka untuk memastikan Hospital Pakar Lahad Datu benar-benar Pakar dan terus membiarkan hospital ini terpinggir dari segala-galanya.

Lembaga Pelawat Hospital yang dilantik di kalangan ahli politik, teruma komponen BN hanya menjadikan jawatan mereka sebagai 'Koleksi' dan sentiasa merasa bangga walaupun ibu bersalin dan pesakit terpaksa bersetinggan di luar bilik wad kerana semua katil penuh.

Mungkin tiba masanya Lahad Datu mempunyai Medical Centre sendiri seperti SMC di Damai atau dinaiktaraf seperti Hospital Likas yang serba canggih; walau selama ini hanya menjadi 'Syurga PATI' yang mendapat rawatan dalam keadaan serba mewah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.