`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, December 19, 2012

ISU SIPADAN AKAN KE ICJ SEKALI LAGI?





Saudara Pengarang,

EKORAN daripada keputusan Mahkamah Rayuan di Kota Kinabalu pada 13 Disember 2012 seperti yang dilaporkan Daily Ekspress bertarikh 14 Disember 2012 halaman depan yang menolak NCR Pewaris Pulau Sipadan dan menerima permohonan Kerajaan; kami Pewaris Pulau Sipadan menghormati keputusan itu.

Namun tuntutan hak kami di Pulau Sipadan tetap diteruskan walau ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ) sekalipun. Kami akan berusaha dan bersedia untuk tujuan itu jika perlu.
Dan kita juga sedia maklum mengenai fakta sejarah aktiviti Pewaris memungut telur penyu di Pulau Sipadan ialah bekas penyelamat kepada Malaysia diwaktu perebutan Pulau Sipadan dan juga Pulau Ligitan di antara Negara Malaysia dengan Negara Indonesia pada tahun 2002 di ICJ Belanda. Oleh itu kepada Malaysia jangan lupa NCR yang bekas menjadi penyelamat.

Kami Pewaris Pulau Sipadan tidak menerima dan menolak keputusan Mahkamah Rayuan pada 13 Disember 2012 baru-baru ini, oleh kerana keputusan itu melanggar hak dan kependudukan kami di Pulau Sipadan.

Sekian,


HAJI ABDUL RAUP BIN MAHAJUD
Ketua Pewaris Pulau Sipadan

SILA TONTON VIDEOKLIP SABAH FOR SALE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.