`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 29, 2012

KANTOI! BN Guna Dana Awam Tutup Mulut Deepak Jaikishan!



Sekali lagi, kerana terpaksa, harta dan dana awam disalah guna untuk tutup skandal ternganga!

Pembelian syarikat, Asta Canggih Sdn Bhd milik pengusaha permaidani, Deepak Jaikishan oleh Boustead Holdings Berhad, unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dakwa Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggunakan dana tabung pencen angkatan tentera.

Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini berkata, Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi perlu berhati-hati memastikan pelaburan yang dibuat LTAT terhadap Asta Canggih oleh Bakti Wira Developement Sdn Bhd - anak syarikat Boustead - bagi memastikan ia pelaburan terbaik untuk anggota tentera.
“Modal dan aktiviti Boustead Holdings banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan LTAT.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Zahid perlu berhati-hati bagi memastikan pelaburan ini yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera,” kata Rafizi kepada pemberita hari ini.
Rafizi menjelaskan, ini berikutan daripada penelitian beliau, Asta Canggih merupakan syarikat yang tidak memiliki aset mahupun rekod perniagaan yang baik.
“Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah memfailkan penyata kewangannya.
“Selain modal berbayar RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (KFH) (mengikut rekod SSM),” tegasnya.
Laporan media sebelum ini melaporkan unit pelaburan milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Bhd membeli 80 peratus saham Astacanggih Sdn Bhd untuk RM30 juta.
Boustead berkata, unit milik penuhnya, Bakti Wira Development Sdn Bhd, memiliki saham itu daripada Prestige Dimension Sdn Bhd dan pemegang saham minoriti Asta Canggih pada 20 Disember.
Bakti Wira Development dan Asta Canggih turut menandatangani perjanjian dengan Awan Megah semalam untuk memiliki 80.94ha tanah pegangan bebas di Klang, Selangor untuk RM130 juta.
Jelas Rafizi, pembayaran bernilai RM160 juta, termasuk 200 ekar tanah itu yang statusnya masih belum dipindah milik adalah bersifat politik, dan bukannya pertimbangan pelaburan komersial.
“Pembayaran RM130 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd untuk tanah itu bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta caruman anggota tentera untuk membayar syarikat Umno tanpa sebarang pertukaran aset, kerana tanah itu masih belum dipindah milik kepada Awan Megah. “Malah, nilai RM130 juta bagi 200 ekar tanah itu juga dibuat tanpa penilaian bebas” katanya dan menambah tanah itu dibeli dua kali ganda lebih mahal, pada harga RM650,000 seekar, berbanding tanah di kawasan sama yang dibeli lima tahun lalu oleh Boustead Holdings pada harga RM390,000 seekar.
Justeru Rafizi melihat urusniaga tersebut dilakukan semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal tersebut.
“Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat Deepak terhadap pihak tertentu termasuk Perdana Menteri, Najib Altantuya, memandangkan dakwaan Deepak itu jelas ada kredibiliti dan kebenarannya,” kata Rafizi lagi.
Deepak semalam berkata beliau dipaksa untuk menjual syarikat hartanahnya bagi menanggung kerugian berikutan perjanjian yang dilakukannya dengan Ketua Wanita Umno Selangor itu membawa kerugian.
Ahli perniagaan itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Putrajaya yang melanggar perjanjian berkenaan hartanah di kawasan Bukit Raja, Selangor pada hari sama syarikat pelaburan kerajaan dilaporkan membeli 80 peratus pegangan saham dalam syarikat hartanah pada harga RM30 juta.
Dalam mesej pesanan ringkasnya, Deepak berkata “ianya benar pemilik saham dan saya telah menjual saham kami.”
“Pemilik saham dan saya telah menjual saham kami di Asta Canggih untuk RM30 juta yang merupakan kos sebenar kami. RM13 juta (untuk) Raja Ropiah, RM8 juta sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan, RM2 juta perundangan dan kos lain-lain, penjualan ini dipaksa ke atas kami,” katanya.
Deepak juga melalui peguamnya telah menarik balik kes mahkamah berhubung kes antara syarikatnya Asta Canggih Sdn Bhd, yang menamakan syarikat kerajaan Syarikat Tanah dan Harta Sdn Bhd, Awan Megah (M) Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, kerana didakwa melanggar perjanjian.
Peguambela Awan Megah Saseedharan Menon berkata, penghantaran bertulis telah diserah kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan hakim perbicaraan Mohd Zabariah Yusof telah membincangkan perkara itu dengan kedua-dua pihak di kamarnya semalam.
Dalam kenyataan dakwaannya, Asta Canggih mendakwa Awan Megah telah bersetuju dengan syarikat itu, kerajaan dan Syarikat Tanah dan Harta telah bersetuju untuk memindahkan tanah di Bukit Raja kepada Cebur Megah.
- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.