`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 20, 2012

KEMATIAN NORIKOH, PENIAGA PAKISTAN DIDAKWA


DAKWA......Amir (berketayap putih) diiringi oleh Pegawai Polis ketika keluar dari kamar mahkamah.

Oleh : CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang peniaga warga Pakistan berusia 40 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang gadis berusia 16 tahun di Kota Marudu, baru-baru ini.

Amir Ali Khan Nawatay, berasal dari Buner, Pakistan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Norikoh Saliwa pada 25 November tahun ini, antara jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, di dalam sebuah lori yang bergerak di Kilometer 2.8, Jalan Kota Marudu-Langkon.
Atas pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seskyen 304 (b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, Hakim Duncan Sikodol menetapkan pada 7 hingga 8 Febuari tahun depan sebagai tarikh pendengaran bicara terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, mahkamah tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan mengambil kira tertuduh seorang warga asing, keseriusan pertuduhan, kepentingan awam dan keselamatan tertuduh.

Terdahulu, Amir memohon agar dia ditawarkan ikat jamin oleh mahkamah memandangkan dia mempunyai seorang isteri dan anak.

Namun pihak pendakwaan membantah tertuduh ditawarkan ikat jamin kerana kes berkenaan telah menarik perhatian orang awam dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan.

Selain itu, sekiranya tertuduh ditawarkan ikat jamin, pihak pendakwaan menyatakan terdapat kemungkinan bahawa tertuduh akan melarikan diri sebelum perbicaraan.

Tertuduh juga bukan seorang tempatan yang kini disisat mengikut Akta Imigresen, selain orang awam di daerah Kota Marudu juga masih marah ekoran daripada kejadian itu.

Pihak pendakwaan juga mencadangkan agar perbicaraan kes itu didengar di Mahkamah Kota Kinabalu, selain memohon kes itu didengar oleh Mahkamah Sesyen.

Kini tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Luke Ressa Balang.

Kes kematian Norikoh, berasal dari Kampung Bombong 1, Kota Marudu, yang ditemui mati terbaring di tepi jalan Kota Marudu-Langkon pada 25 Nov lepas itu.

telah menggemparkan banyak pihak termasuk pemimpin negeri dan pemimpin parti politik tempatan sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.