`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 10, 2012

NORIKOH, NASIB MALANGMU TETAP DIBELA?



LARANG.....Polis memaklumkan kepada saya bahawa kami tidak dibenarkan untuk menjalankan misi kami atas sebab ketiadaan permit dari polis sebelum ini. Setelah berbincang dengan baik, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, DSP Mohd Isa Bin Yusuf telah membenarkan saya dan rakan-rakan untuk meneruskan misi kami tanpa halangan.

Saudara Pengarang,

PADA 25 November 2012, berlakulah satu peristiwa yang sangat menyayat hati di setiap warga Kota Marudu, ke atas adik Norikoh Saliwa, 16, di mana dia telah menerima ajalnya dalam keadaan yang amat tragis, tengkorak kepalanya retak, mukanya lebam, atas kening dahinya koyak dan tulang bahunya patah dan lehernya seolah dicekek meninggalkan kesan yang begitu ngeri sekali. Ini dapat dilihat dari riak wajahnya yang terpapar, membayangkan seribu satu macam andaian kepada yang sempat melihatnya, ketika jenazah berada dalam keranda.

Mengapakah fenomena ini harus berlaku ke atas dirinya? Padahal adik Norikoh adalah seorang budak yang baik, rajin dan pintar.
Saya difahamkan, mendiang ini bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan, Likas, boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam tingkatan 4 dan pernah pergi ke Scotland bersama keluarga angkatnya.

Mendiang baru saja bersama keluarganya di Kampung sepanjang cuti sekolah ini. Kini Norikoh sudah pergi dan tidak akan kembali lagi untuk selama-lamanya.

Semoga roh Norikoh berada tenang disana dan berharap agar keluarga mendiang tabah menghadapi semua dugaan dalam kehidupan ini. Amin...

Apakah akibat daripada kebanjiran PATI di Sabah ini telah membawa banyak malapetaka keatas rakyat di Sabah? Apakah kita sanggup melihat bangsa kita dan warga kita dianiaya dan dibunuh begitu kejam sekali?

Ayuh, Bangunlah! Berjuanglah bersama-sama saya, demi kedaulatan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sabah, sekali ini dan untuk selama-lamanya…

Terima kasih kepada seluruh rakyat Kota Marudu yang sempat mengambil bahagian dalam memperingati pemergian mendiang adik Norikoh yang genap 14 hari pada hari ini, bersamaan 9 Disember 2012. Semoga roh mendiang tenteram dan dicucuri rahmat. Amin...

Akhir sekali, saya bagi pihak rakan-rakan seperjuangan, mengucapkan terima kasih banyak kepada seluruh warga Kota Marudu yang telah memberi sokongan dalam menjayakan misi kami.

Tidak lupa, tabik saya khususnya anggota PDRM terutama sekali buat DSP Mohd Isa, kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang misi kami berlangsung. Terima kasih daun keladi, panjang umur kami buat lagi. Inikalilah dengan permit sekali!

Salam Hormat,

JOHN CHARLES MITAH MIKAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.