`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 9, 2012

PENDUDUK 8 KAMPUNG TUNGGU EHSAN MUSA




Oleh : JACKSON LU

KEMABONG: Penduduk di kawasan lapan perkampUngan dalan Zon Enubai meminta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi penjelasan status memorandum bantahan mereka berhubung kerja-kerja persempadanan semula kawasan Hutan Simpan Mandalam-Tomani yang turut menjejaskan kawasan tanah milik persendirian yang telah pun bergeran.

Jurucakap mewakili perkampungan itu, Lasan Tandau, 47, yang juga Ketua Unit Pertubuhan Peladang Zon Enubai berkata, mereka kini tertunggu-tunggu jawapan daripada kerajaan berhubung memorandum bantahan penduduk berhubung perkara tersebut yang dihantar melalui ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang beberapa bulan lalu.
“Kami juga telah mengadakan bantahan menerusi media pada 8 Ogos 2012 untuk memaparkan lokasi kawasan sempadan baru yang diubah oleh Jabatan Perhutanan sebagai perhatian pihak tertentu, tetapi sempadan itu kami tidak pernah bersetuju.

“Kawasan Hutan Simpan hanya diwartakan sekitar tahun 1984 sedangkan permohonan tanah kami dibuat tahun 1983 melalui PT 78160050 dengan 60 peserta seluas kira-kira 900 ekar dan telah pun mendapat kelulusan pengukuran (SP/RSP).

“Namun kami kesal kerana setelah kebun kami mengeluarkan hasil, tiba-tiba kerajaan kata kami menceroboh kawasan Hutan Simpan. Kami tetap tidak berganjak untuk menuntut hak kami,” tegas beliau ketika memberitahu media.

Menurut Lasan, beliau hairan kenapa kerajaan terus berdegil dan enggan melayani rintihan rakyat yang turut menjejaskan masa depan anak cucu cicit mereka, terutama dari aspek sosio ekonomi kira-kira 3,000 penduduk yang memiliki tanah berhampiran dengan kawasan hutan simpan.

Kata Lasan lagi, kawasan perkampungan yang terlibat seperti Kg Sinusut, Kg Labut, Kg Angalor, Kg Kandis, Kg Maugus, Kg Gumisi, Kg Saga dan Kg Patian.

Dalam pada itu, Lasan turut terkilan kerana beberapa kenyataan Ketua Menteri selepas itu terutamanya ketika merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gabungan Bahagian UMNO Pensiangan dan Tenom yang diadakan di Dewan Sri Antanom pada 8 September 2012, menyatakan bahawa beliau telah mengarah Jabatan Perhutanan untuk menghentikan serta merta kerja-kerja persempadanan semula demi untuk mengkaji keperluan penduduk sekitar kawasan terbabit.

“Inilah yang kami harap harapkan agar Ketua Menteri itu mengotakan janjinya demi menjaga hak kesaksamaan kepada golongan berpendapatan rendah agar hak kami terus terpelihara demi masa depan anak cucu cicit kami,” tegasnya.

16 comments:

  1. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR) adalah keutamaan dan prioriti kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  2. kerajaansentiasa terbuka menerima teguran dan cadangan yang membina untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan tahap pemeliharaan dan perlindungan NCR dan hak pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah.

    ReplyDelete
  3. Isu NCR tidak seharusnya diputar-belit kerana ia menyentuh kepentingan orang asal, sebaliknya setiap pihak harus memberikan sokongan bagi
    memastikan isu-isu berkaitan NCR dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga kepentingan dan hak asasi orang asal negeri Sabah.

    ReplyDelete
  4. bagi memastikan lebih ramai orang asal mempunyai tanah, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk menukarkan rizab hutan kepada tanah
    kerajaan.

    ReplyDelete
  5. harap,tidak ada lagi pihak yang akan memanipulasikan perkara berkaitan NCR,
    sebaliknya bekerjasama membantu menyelesaikan apa-apa sahaja perkara berkaitan NCR demi kepentingan dan hak-hak orang asal negeri Sabah.

    ReplyDelete
  6. Musa berkata, jumlah keseluruhan keluasan tanah kerajaan yang telah diperuntukkan kepada anak negeri Sabah melalui lima kaedah sama ada
    dalam bentuk hak milik tanah Native Title (NT), ekuiti dan pewartaan adalah seluas 890,626.47 hektar atau 45 peratus daripada keluasan tanah
    kerajaan yang telah diberi milik di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  7. Keluasan ini adalah lebih besar daripada keluasan negeri Selangor yang mana
    berukuran seluas 795,600.00 hektar sahaja. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri serius meningkatkan pemilikan tanah oleh anak negeri
    Saba

    ReplyDelete
  8. walaupun Ordinan Tanah Sabah telah digubal pada 13 Disember 1930, namun tuntutan NCR masih boleh dikemukakan di bawah Seksyen 14 kepada Penolong
    Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan pada masa yang sama kerajaan negeri akan terus berusaha meningkatkan pemilikan hartanah oleh Anak Negeri.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan Negeri Sabah telah menjalankan tanggungjawab fiduciary untuk memelihara
    dan melindungi hak tanah adat dan pemilikan tanah anak negeri. Tohmahan yang mengatakan kerajaan mengetepikan tuntutan Tanah Adat Anak Negeri
    Sabah dan mendiskriminasikan pemberi milikan tanah kepada Anak Negeri Sabah adalah tidak benar.

    ReplyDelete
  10. Berkenaan dengan pemberi milikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah kepada anak negeri, Musa berkata sehingga Disember 2011, kearjaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah mendaftar sebanyak 348,652 hak
    milik tanah dan daripada jumlah itu, 190,452 adalah hak milik tanah anak negeri (NT) telah diberikan kepada anak negeri.

    ReplyDelete
  11. jumlah keseluruhan keluasan tanah yang telah diberi hak milik ialah seluas 1,970,961 hektar dan daripada jumlah itu, seluas 487,680 hektar adalah keluasan bagi hak milik tanah NT. Jumlah ini merupakan 24.7 peratus daripada jumlah keluasan hak milik tanah yang didaftarkan di Sabah

    ReplyDelete
  12. bagi meningkatkan jumlah bilangan dan keluasan hak milik tanah NT kepada anak negeri, kerajaan telah mempercepatkan proses kelulusan dan pengukuran permohonan tanah serta penyediaan hak milik tanah.

    ReplyDelete
  13. Sehingga bulan Ogos 2012, sebanyak 35,350 permohonan tanah telah diproses dan daripada jumlah itu 10,540 permohonan tanah telah disokong untuk diluluskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC).

    ReplyDelete
  14. Daripada sebanyak 10,540 permohonan tanah yang telah disokong untuk kelulusan, 9,922 adalah terdiri daripada permohonan tanah syarat NT untuk anak negeri.

    ReplyDelete
  15. Dari segi pewartaan tanah simpanan anak negeri, sehingga Disember 2011, keluasan tanah kerajaan yang telah diwartakan untuk kegunaan anak negeri
    seperti perkampungan dan padang ragut ialah seluas 53,190.857 hektar (131,437.267 ekar).

    ReplyDelete
  16. Dari segi pemberi milikan tanah kepada anak ngeri melalui geran komunal, Musa berkata sehingga Disember 2011, sebanyak tujuh geran komunal NT
    dengan keluasan 12,777.14 hektar telah dikeluarkan kepada seramai 2,661 peserta yang melibatkan tiga buah daerah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.