`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 9, 2012

LAJIM JADI TAUKEH JUDI FUN FAIR?




SUBAHAT......Majlis Tertinggi Persatuan Bisaya turut bersubahat kerana membiarkan Lajim menggunakan Persatuan Bisaya sebagai 'Batu Loncatan' untuk menjayakan muslihat politiknya.

Saudara Pengarang,

ENTAH apa malangnya nasib masyarakat Bisaya kerana bukan sahaja dipaksa menerima 'Raja Judi' dan 'Raja Katak' Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin sebagai 'Janang Gayuh'; kini mengajar kami pula berjudi dengan membuka 'Fun Fair' di rumahnya sempena 'Adau Janang Gayuh'.

Sebagai kaum Bisaya yang beragama Islam, saya amat kesal kerana Majlis Tertinggi Persatuan Bisaya tidak peka dengan budaya dan anutan agama Kaum Bisaya yang majoritinya beragama Islam sekalipun berada di bawah rumpun kadazan Dusun dan bersubahat dengan Lajim menganjurkan Fun Fair sempena 'Adau Janang Gayuh'.
Saya lebih kesal kerana beberapa rakan saya yang juga perwakilan pemerhati UMNO Beaufort ke Perhimpunan Agung UMNO membatalkan niat mereka ke Kuala Lumpur kerana ingin memeriahkan Adau Janang Gayuh; salah satu usaha Lajim untuk menyekat pengaruh UMNO di Beaufort.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih yang bagaikan ayam jantan patah taji, tidak mempunyai kekuatan untuk melumpuhkan pengaruh Lajim sekalipun Lajim tidak lagi mempunyai jawatan dalam kerajaan; mungkin kerana sibuk menyiapkan rumah dan menayang kereta barunya.



TIDAK SIAP......Mungkinkah Lajim terpaksa menganjurkan Fun Fair sebagai memungut dana untuk menyiapkan bangunan yang tidak berbumbung ini setelah tidak dibenarkan menggunakan balai raya dan bangunan kerajaan untuk agenda politik beliau?
Akibatnya, kum Bisaya seperti 'anak ayam kehilangan ibu' terkapar-kapar kebingungan tidak tahu mahu ke mana setelah Lajim keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional; tidak mampu membela kami (Bisaya) yang kini menjadi masyarakat kelas 'Khinzir' dalam hiraki UMNO.

Saya agak hairan kenapa Lajim tidak peka dengan peraturan dan hukum Islam, sedangkan beliau sebelum ini adalah Pemimpin USIA dan PERKIM; yang sepatutnya membataskan dirinya dan mengelak daripada mengajak masyarakat Bisaya Ketagih Judi seperti beliau.

Sepatutnya, setelah menjadi pemimpin NGO Islam, Lajim wajib insaf dan menghentikan perangai buruknya; apatah lagi setelah membelanjakan hampir RM20 juta wang yang dibayar kepadanya oleh pemimpin UMNO sebagai habuan beliau meninggalkan PBS bagi membolehkan UMNO merampas tampuk kuasa Kerajaan Negeri setelah PBS kehilangan majoriti dua pertiga.

Oleh itu, saya menggesa agar masyarakat Bisaya memboikot Lajim serta PPSnya dan Fun Fairnya yang sepatutnya tamat pada 1 Disember tetapi disambung lagi ke suatu tarikh yang tidak dapat dikenalpasti.

Salam Hormat,

ISMAIL B.G

14 comments:

  1. DATUK LAJIM Haji Ukin, masih ingat, kerana tindakannya pada tahun 1994, kerajaan PBS yang dianggotainya tumbang, apabila beliau dan Datuk Rubin Balang serta Datuk Zaini Isa (ADUN lantikan) bertindak keluar PBS untuk menyertai Umno.

    ReplyDelete
  2. Lajim lupa, bahawa sekali air bah, maka pantai berubah. Lajim lupa bahawa senario masa itu berlainan dengan senario masa ini. Lajim terlupa bahawa mendung tidak selalunya hujan rahmat datang; jika pun hujan turun, hujan yang berakibat banjir.

    ReplyDelete
  3. Lajim mengkambing hitamkan Datuk Musa Aman sebagai alasan untuk keluar Umno dan BN. Lajim merajuk atas sebab kata duanya kepada PM agar menjamin, Musa tidak dilantik lagi sebagai Ketua Menteri tidak mendapat layanan.

    ReplyDelete
  4. pemberontakan Lajim bermula sejak di dalam PBS lagi. Lajim pernah mengamuk disebabkan tidak dilantik oleh Pairin ke jawatan Timbalan Ketua Menteri, sebaliknya melantik Datuk Baharom Titingan, calon yang kalah pada pilihanraya di DUN Balung, Tawau.

    ReplyDelete
  5. Kini semua harapan Lajim berkecai, walaupun beliau melakukan "homework" dan gerakan agar Musa diketepikan; atas sebab itu beliau tiada pilihan lagi, terpaksa keluar.

    ReplyDelete
  6. Describing Pakatan's confidence to achieve the desired goal as a mere political propaganda, Sabah Umno liaison deputy chief Datuk Seri Salleh Said Keruak said Lajim's resignation had nothing to do with Umno's internal problems in the state.

    ReplyDelete
  7. Salleh believes that Lajim does not want to miss "the boat", therefore he tried to find an excuse for "his mission". Salleh believes that what Pakatan is promising is just a hope or dream.

    ReplyDelete
  8. Umno secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor was quoted as saying that "what has happened is an internal issue of a personal nature involving Lajim and certain people in the domestic political arena.

    ReplyDelete
  9. "The Sabah Umno liaison chairman (Datuk Seri Musa Aman) is very open and accommodative. However, the party must reject leaders who put it at ransom.

    ReplyDelete
  10. "The Sabah Umno liaison chairman (Datuk Seri Musa Aman) is very open and accommodative. However, the party must reject leaders who put it at ransom.

    ReplyDelete
  11. Lajim's political calculation is wrong. All studies conducted by professionals indicate Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's popularity is at a comfortable level.

    ReplyDelete
  12. Musa said that Lajim's departure would not affect BN's strength in the state.

    ReplyDelete
  13. The former Chief Minister believes that Najib's popularity will be able to lead BN to a two-thirds majority in the coming general election.

    ReplyDelete
  14. Salleh said Umno and BN were ready for the general election, which is due to be held soon.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.