`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 17, 2013

Air Selangor: Pusat 'pemain utama' operasi Syabas



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan merupakan pemain utama dalam operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Katanya, kerajaan pusat melalui Menteri Kewangan Incorporated memiliki ‘Golden Share’ dalam Syabas, yang membolehkan mereka berkuasa mutlak membuat keputusan dalam syarikat pemegang konsesi air di Selangor itu.

Manakala, anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) pula katanya hanya memiliki 30 peratus pegangan saham di dalam Syabas dan ini terhad kepada perwakilan dalam lembaga pengarahnya sahaja.

“Selain Kerajaan Negeri melalui KDEB, terdapat satu pemilik saham yang istimewa iaitu ‘golden share’.

“Dan (ia) mempunyai semua kuasa dan bertanggungjawab terhadap sesuatu keputusan yang dibuat Syabas,” katanya ketika sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

Kerajaan Negeri Selangor kini menuntut kerjasama pusat bagi membuat penstrukturan semula air di negeri itu dan mengambilnya semula dari Syabas.

Mereka mendakwa masalah air di Selangor dapat diatasi jika pengurusan itu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri dan bukan lagi kepada syarikat konsesi Syabas yang diberikan ketika zaman Umno BN memerintah.

Sehingga kini Kerajaan Negeri masih menunggu jawapan dari Kerajaan Pusat berhubung isu pengambilalihan pengurusan air daripada Syabas itu.

Sebelum ini Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dalam berkata, Pusat tidak pernah menghalang Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pengurusan air dari Syabas.

Katanyanya, ia kerana Pusat tidak mempunyai sebarang ekuiti dalam syarikat Syabas kecuali ‘golden share’ untuk membuat pemantauan.

harakahdaily 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.